"Shuk yang buat keputusan nak kahwin dan boleh tanya dia kenapa kami nikah di Thailand. Saya tak setuju, malah tidak mahu berkahwin dengannya disebabkan ada isu yang saya tak boleh terima. Tapi dia janji semuanya akan berubah dan kalau tak boleh bertahan kami akan cerai secara baik."
Itulah kata isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh yang akhirnya mendedahkan bahawa mereka bernikah di Thailand pada November 2023.
Fara mendedahkan perkara itu selepas Shuk mengeluarkan kenyataan bahawa perkahwinan mereka masih belum berdaftar di Malaysia, malah juga mempersoalkan bagaimana untuk failkan perceraian di mahkamah.
Ujar Fara lagi, dia dan keluarga sudah mendesak Shuk untuk daftarkan perkahwinan agar tidak timbul mas@lah, namun pelawak itu tidak mengendahkannya serta seolah mahu menggantungnya tidak bertali.
"Dia hanya kata okay saja. Dia memang nak g@ntung saya tak bertali. Sebab itu dia tenang dan tiada usaha selesaikan hal kami dan pentingkan diri sendiri. Tak fikir tentang isteri tengah mengandung," tuturnya.
Dalam pada itu, Fara turut mendakwa Shuk bertindak sembunyikan dokumen pernikahan mereka, namun tidak menghalangnya untuk memperoleh dokumen berkenaan melalui khidmat ej£n.
Tambahnya, dia kini sedang menunggu panggilan dari mahkamah untuk hadir prosiding pengesahan perkahwinan, kemudian barulah uruskan mengenai perceraian pula.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment