16 March 2025

"RAMADAN KALI INI SAYA TEKAD MEMANG HADKAN KERJA" - NADIA BRIAN AKUI BANYAK TERTINGGAL SOLAT TARAWIH TAHUN LALU, KALI INI TAK MAHU TERLEPAS



"Alhamdulillah, saya sangat seronok dan teruja setiap kali tiba Ramadan sebab ketika inilah boleh berkumpul dengan seluruh ahli keluarga, dapat bersahur dan berbuka.
"Kemudian, di bulan puasa ini juga kita dapat buat solat Tarawih dan kurangkan aktiviti 'sh00ting' sebab, dalam setahun bekerja itu, memang bulan puasa saja saya kurang 'sh00ting'. Kalau tidak, jadual saya sangat padat."

Demikian ujar pelakon Nadia Brian dimana katanya, dia akan mengehadkan kerja penggambaran ketika bulan puasa kerana mahu memberi tumpuan melakukan ibadah.

Teruja setiap kali tibanya bulan Ramadan, Nadia turut berkongsi, di bulan Ramadan inilah dia akan berkumpul bersama keluarga untuk berbuka dan bersahur serta menunaikan solat tarawih.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Nadia juga meluahkan hasratnya dinabìagar dapat mengerjakan solat Tarawih penuh pada Ramadan kali ini berbanding tahun sebelumnya dia banyak tertinggal.

"Saya teringin nak buat lebih banyak solat Tarawih pada tahun ini. Harap 22 solat Tarawih itu lebih banyak dapat saya buat tahun kali ini berbanding tahun sebelumnya.

"Sebab, tahun lalu saya agak banyak tertinggal. Memang terasa rugi sangat. Jadi, Ramadan kali ini saya tekad memang hadkan kerja untuk dapat buat solat Tarawih lebih banyak," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: