"Tak adalah saya nak biarkan isteri g@ntung tak bertali sebab kalau betul dia sudah failkan cerai, saya sedang tunggu juga surat dari mahkamah.
"Cuma itulah, kalau perkahwinan kami pun belum berdaftar macam mana nak failkan sesuatu di mahkamah. Kenapa tak daftar lagi? Boleh tanya Farah kot sebab dia suka bercerita, saya tak suka bercerita."
Itulah kata Shuk Sahar menerusi temu bual bersama media baru-baru ini, dimana pelawak itu menafikan dakwaan mengatakan dia membiarkan isterinya, Fara Salleh digantung tidak bertali sebaliknya menunggu surat mahkamah jika Fara ada memfailkan cerai terhadapnya.
Kata-kata Shuk itu bagi menjawab mengenai perkongsian isterinya baru-baru ini yang menjadi perhatian ramai apabila meluahkan rasa kec£wa terhadap suaminya.
Dalam pada itu, Shuk turut menjawab dakwaan mengatakan bahawa dia tidak mengakui kandungan Fara sebagai anaknya dengan meminta agar kemukakan bukti jika dia berkata sedemikian.
"Saya masih Islam dan masih berpuasa dan demi Allah saya tak pernah pun keluarkan ayat, 'Isteri b£ban dan kawan yang beri rezeki'. Dan saya minta keluarkan satu bukti yang saya ini mengatakan anak itu bukan anak saya. Tak ada bukti tau, sebab itu saya diamkan saja.
"Bila saya diam, nak kata saya tak mengaku anaklah dan sebagainya walhal saya tak ada bercakap apa pun," ujarnya yang turut berkata, sudah tentu dia sayangkan isterinya, namun perkahwinan memerlukan usaha dari kedua-dua belah pihak.
"Sudah tentu saya saya sayangkan isteri tetapi saya pun ada 'limit'. Kalau perkahwinan dulu gag@l itu sebab saya yang gag@l tapi perkahwinan yang sekarang ini, usaha itu bukannya datang dari sebelah pihak saja.
"Ia perlu dari kedua-dua belah pihak tapi kalau sebelah pihak saja yang berusaha tak akan jadi apa-apa," ulas Shuk yang mempunyai dua orang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment