Semua sedia maklum mengenai keadaan pelakon veteran, Mak Wan Latah, 63, yang kini sukar berjalan kerana menghidap s@kit lutut, selain turut menghidap pelbagai peny@kit lain seperti k£ncing manis, dar@h tinggi, kol£sterol tinggi, s£mput dan s@kit buah pinggang.
Bagaimanapun, kata Mak Wan atau nama sebenarnya, Halimatussa'diah Mohd Daud, walaupun mengalami s@kit lutut dan sukar untuk berjalan, dia tetap meneruskan komitmen dalam bidang lakonan.
Jelasnya lagi, dia juga perlu menyelesaikan baki penggambaran drama bersiri 20 episod, 'Nikmatnya Hanya Sesaat' arahan Izuan Mokhtar yang sudah diterima lebih awal.
"Saya sudah terima tawaran berlakon drama bersiri ini sebelum s@kit lutut lagi. Jadi, saya perlu selesaikan dan tunaikan tanggungjawab sebagai pelakon sehingga penggambaran selesai April nanti.
"Saya juga sudah mendapatkan rawatan di hospital dan doktor juga sudah beri suntikan ubat di lutut dan dijangka boleh berjalan semula dalam tempoh dua minggu," tutur Mak Wan yang memberitahu, dia mend£rita s@kit lutut kerana pernah terj@tuh ketika menunaikan umrah pada 2015.
"Selain itu, saya juga bergantung dengan ubat kerana menghidap pelbagai peny@kit seperti k£ncing manis, dar@h tinggi, kol£sterol tinggi, s£mput dan s@kit buah pinggang.
"Saya perlu kuat untuk men£mpuh semua ujian peny@kit ini kerana perlu bekerja untuk meneruskan kelangsungan hidup.
"Sebab itu, saya sentiasa berdoa kepada Allah SWT semoga diberikan kesihatan yang baik dan dikurniakan tawaran kerja kerana tidak suka meminta-minta (bantuan) pada orang," ujarnya.
Dalam pada itu, Mak Wan juga menjelaskan, dia tidak mahu menyusahkan empat orang anaknya kerana mereka sudah berkeluarga dan mempunyai komitmen sendiri.
"Saya sudah hidup sendirian selama 11 tahun kerana semua anak-anak sudah dewasa dan menetap di luar Kuala Lumpur.
"Saya tak nak susahkan anak-anak kerana mereka tinggal jauh dan ada mas@lah sendiri. Anak yang sulung pun baru kem@tian suami. Tapi ada sal@h seorang anak saya datang ke rumah untuk melihat keadaan saya, dua minggu lalu," katanya.
Terdahulu, perkongsian video pendakwah terkenal, Ebit Lew yang menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada Mak Wan sempena Ramadan itu mendapat perhatian netizen.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen turut bersimpati melihat keadaan Mak Wan yang sukar berjalan kerana menghidap s@kit lutut.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment