"Saya rasa masih ramai yang belum mengenali saya terutama di media sosial. Ada yang mengajukan soalan-soalan yang membuatkan saya hilang semangat seperti 'awak dari AF3, kan?' atau 'masih menyanyi lagi ke?'
"Sejujurnya, saya sedih kerana sepanjang 20 tahun dalam industri muzik, saya sudah berikan yang terbaik walaupun saya tahu mungkin mereka tidak berniat untuk memperlek£hkan saya.
"Perkara ini benar-benar menyedihkan saya kerana ramai juga artis kelahiran Akademi Fantasia, namun mereka jarang sekali ditanya soalan sebegini. Ia membuatkan saya terasa seolah-olah gagal, walaupun saya sudah berusaha memberikan yang terbaik selama ini.
"Saya akui mungkin saya tidak popular seperti yang lain, tetapi sekurang-kurangnya saya berharap pencapaian saya sekarang masih mampu dikenang, bukan sekadar apa yang saya lakukan 20 tahun lalu," katanya.
Demikian ujar penyanyi dan komposer, Amylea Azizan, 39, dimana dia kec£wa apabila masih ada netizen yang tidak menyedari kehadirannya walaupun sudah 20 tahun terbabit dalam industri muzik.
Kata Amylea, walaupun dia sudah memberikan yang terbaik sepanjang pembabitannya dalam bidang berkenaan, dia berasa seolah-olah gag@l kerana masih ada yang mempersoalkan kerjaya seninya.
Tambahnya lagi, situasi ini tidak adil kepada peminat yang menghargai dan menyokong hasil karyanya, namun tidak diberikan perhatian sewajarnya.
"Situasi ini tidak adil buat peminat yang masih menghargai lagu-lagu saya, namun tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Saya jadi serba sal@h dan keliru untuk menjelaskan diri.
"Kadang-kadang, ada yang menyangka saya sudah tidak menyanyi lagi. Ia membuatkan saya terasa seolah-olah diab@ikan. Persoalan seperti itu menyentuh perasaan saya," tuturnya.
Dalam pada itu, Amylea berkata, dia bukan mengharapkan penghargaan yang berlebihan tetapi setidak-tidaknya, jangan hanya mengingatinya sebagai 'Amylea AF3'.
"Ungkapan itu membuatkan saya terasa hati. Saya kini berusia 39 tahun dan pernah menerbitkan lagu untuk penyanyi lain selama 17 tahun.
"Saya juga memiliki katalog karya yang saya hasilkan dan profil yang kukuh untuk saya banggakan. Jadi mengapa masih timbul persoalan seolah-olah saya ini remaja 18 tahun yang belum tahu apa-apa ketika berdiri di atas pentas?" katanya.
Pada masa yang sama, dia tetap bersyukur kerana masih ramai yang mengenali dan menghargai hasil karyanya, malah ada yang menyebut lagu-lagu yang tidak disangkanya mereka tahu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment