"Tanpa sedar, sudah 8 tahun saya berkawan dengan Emma. Orang yang sering ingin melihat temannya berjaya dan gembira.
"Tiada yang beza, sama saja masih tidak kisah lepak di mamak dengan selipar jepunnya. Itu yang saya kagum dengan Emma."
Itulah kata usahawan sens@si, Iqbal Zulkefli dimana dia mendedahkan, sedar tak sedar sudah lapan tahun dia berkawan dengan pelakon Emma Maembong.
Iqbal yang berkongsi perkara itu menerusi perkongsian di media sosial, turut memuji Emma meskipun kini sudah bergelar selebriti popular, namun pelakon itu masih sama dan tidak berubah.
Malah, Iqbal juga berkata, Emma seorang individu yang sentiasa mahu melihat orang sekelilingnya berjaya dan gembira.
Perkongsian Iqbal itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang berseloroh mengatakan usahawan itu dengan Emma dilihat sesuai.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment