04 April 2025

AMEERA KHAN MASIH BERCINTA DENGAN JEFRI NICHOL?



Sebelum ini, hubungan cinta model dan pemp£ngaruh media sosial, Ameera Khan, 24, dan pelakon Indonesia, Jefri Nichol, 26, telah menc£tuskan tanda tanya apabila Ameera dilihat tidak mengikuti (unfollow) Jefri di media sosial.
Perkara itu mendapat pelbagai reaksi serta sp£kulasi mengenai hubungan mereka yang didakwa sudah menemui titik noktah.

Namun, semakan di media sosial baru-baru ini mendapati Ameera yang juga adik kepada selebriti popular, Noor Neelofa ini masih lagi mengikuti (follow) kekasihnya, manakala Jefri pula tidak memadam hantaran foto mereka bersama.

Sehingga hari ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan daripada kedua-dua pihak mengenai status hubungan mereka.

Ameera atau dikenali dengan panggilan Little Miss Khan (LMK) itu sering memaparkan adegan mesra bersama Jefri menerusi hantaran di media sosial berserta kapsyen yang romantis.

Malah, mereka juga pernah bergandingan dalam memprom0sikan barangan dan pakaian mewah daripada jenama terkenal luar negara.

Bukan itu sahaja, Ameera juga sering ke Indonesia untuk berjumpa dengan kekasihnya itu dimana hubungan mereka ini turut direstui keluarga Ameera.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: