"Alhamdulillah berkat doa dan restu keluarga, setakat ini semuanya baik-baik saja. Jujur masa pertemuan pertama tiada langsung bibit percintaan, perasaan itu biasa saja.
"Tapi apa yang membuatkan saya terpikat adalah dia mempunyai pegangan agama dan menghormati kedua ibu bapanya. Mak saya selalu cakap kalau ada lelaki yang sayang dan menghormati keluarganya, Insya-Allah dia akan menyayangi kita.
"Selain itu, dia bukan lelaki yang suka buang masa saya. Dia tahu tujuan saya dalam perhubungan ini untuk mencari pasangan hidup.
"Kalau sekadar nak keluar 'berdating' saya pernah melakukannya dalam perhubungan sebelum ini. Jadi, dia hormat pendirian saya dan tak rasa t@kut untuk ke fasa yang lebih serius. Malah, dia juga menyayangi haiwan dan seorang jejaka budiman."
Itulah ujar penyanyi Singapura, Aisyah Aziz dimana dia terbuka untuk berkongsi faktor utama dia bersetuju untuk meneruskan hubungan dengan jejaka pilihannya ke fasa yang lebih s£rius.
Bagaimanapun, adik kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz itu enggan mendedahkan mengenai siapa gerangan jejaka yang berjaya menambat hatinya serta tarikh pernikahan mereka.
"Biarlah rahsia," katanya yang berkongsi perkara itu dalam satu sesi temu bual khas bersama sebuah stesen radio di Singapura mengenai persiapan perayaan dan perkahwinannya.
Dalam pada itu, kongsi Aisyah lagi, selepas pertemuan pertama yang turut ditemani ibu bapanya, dia mengambil masa kira-kira tiga bulan sebelum membawa hubungan ke fasa s£rius.
"Ketika saya mengenalinya, saya juga sedang mengenali diri saya. Pada awal pertemuan, saya tidak pernah terdetik dalam hati dia adalah insan yang tepat, sebaliknya saya ingatkan diri supaya lebih berhati-hati dan berfikir panjang dengan sebarang keputusan yang ingin dibuat.
"Sepanjang mengenali diri saya, saya juga cuba melihat bagaimana saya ketika bersamanya. Jadi ia memakan masa sedikit, sekitar tiga bulan sebelum bersetuju.
"Pertemuan saya dengan dia diperkenalkan oleh seseorang. Jadi, kami keluar makan bersama yang turut ditemani oleh dua pasangan yang sudah berkahwin.
"Salah satu pasangan itu adalah ibu bapa saya," tuturnya yang juga memberitahu, sebelum bertemu dengan jejaka itu buat kali pertama, dia melakukan solat sunat agar diberi petunjuk.
"Saya akui agak gementar sebab saya tak biasa dengan situasi diperkenalkan oleh seseorang. Saya juga tak pernah terfikir akan bersetuju dengan cara sebegitu, tapi kalau Allah dah gerakkan hati tiada apa yang mustahil.
"Sebelum saya jumpa dengan dia pun, saya solat sunat dan mohon petunjuk adakah dia insan yang tepat untuk saya berkawan," jelasnya.
Sementara itu, penyampai radio Singapura, A B Shaik dalam siaran langsung di media sosial bersama Aisyah berkata, penyanyi itu bakal mendirikan rumah tangga dalam bulan Syawal ini, selain tidak dapat berkongsi siapa jejaka pilihan Aisyah kepada pendengar.
"Saya tahu pun bulan Syawal saja. Walaupun saya tahu (siapa bakal suami Aisyah) tapi saya buat-buat tak tahu," katanya berselor0h.
Terdahulu, Aisyah dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga pada bulan ini dan difahamkan, jejaka yang berjaya menambat hati penyanyi itu ialah abang kepada seorang pendakwah selebriti yang juga suami kepada pengacara popular.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment