04 April 2025

"SAYA TERIMA SAJA PEMBERIAN ORANG..." - CIK B TAK KISAH KALAU DAPAT RM2 ATAU RM3 DUIT RAYA, ASALKAN IKHLAS



"Selalunya saya tdak dapat duit raya atau apa-apa hadiah mungkin sebab orang t@kut nak bagi pada saya. Mereka t@kut tak cukup padahal saya terima saja pemberian orang tak kira berapa pun amaun duit tersebut.
"Kalau duit raya itu RM2 ke atau RM3 pun saya tak kisah, asalkan perberian itu ikhlas dan saya dapat merasai momen salam tangan, cium tangan dan sampul raya."

Demikian kata Cik B dimana pemp£ngaruh media sosial itu mendedahkan dia sudah tidak menerima pemberian duit raya seperti remaja lain, sedangkan dia menerima saja pemberian orang tidak kira berapa amaun tersebut.

Ujar Cik B, mungkin disebabkan statusnya sebagai anak usahawan membuatkan ada yang t@kut untuk memberikan duit raya kerana bimbang jumlahnya tidak memadai.

Selain itu, anak kepada usahawan s£nsasi, Datuk Seri Vida ini turut berkongsi rasa teruja apabila pernah menerima duit raya daripada rakyat Brunei.

"Ketika itu saya tengah makan, mereka datang dan bagi 10 hingga 20 dollar Brunei (RM33-RM66) dah macam banyaklah juga.

"Orang beri saya terima saja. Alhamdulillah, terima kasih sebab orang masih ingat nak beri duit raya pada saya," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: