Pelakon Fasha Sandha menerusi media sosial miliknya telah meluahkan rasa k£sal dengan tutur kata bernada sind1ran daripada seorang pramugari sebuah syarikat penerbangan, baru-baru ini.
Kata Fasha, kedatangan dia yang bersama keluarganya menaiki penerbangan itu dalam kelas ekonomi telah disambut seorang pramugari dengan menyebut, "Fasha Sandha, Economy Class? (Kelas Ekonomi)", seolah-olah menyind1r kononnya dia tidak mampu menaiki kelas perniagaan (business class).
"Apa sal@hnya kami naik kelas ekonomi? Kelas ekonomi atau kelas perniagaan, kita semua sama. Saya dan anak-anak terkejut kerana kami tidak pernah disambut dengan dengan sind1ran sebegitu.
"Saya terk£sima dengan reaksi yang diberikan dan lantas mengambil gambar pramugari terbabit untuk membuat aduan di perkhidmatan pelanggan syarikat penerbangan itu," katanya.
Tambah isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu, tindakannya mengambil gambar pramugari terbabit disedari pramugari lain dan dia datang ke arahnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
"Seorang pramugari lain menyapa dan meminta kepastian berkaitan dengan tindakan yang saya lakukan. Saya menjelaskan kepadanya kenapa saya berbuat demikian.
"Pramugari itu kemudian meminta maaf kepada saya mengenai tindakannya mempers0alkan saya dan keluarga menaiki penerbangan kelas ekonomi.
"Saya juga sempat menyatakan hak saya sebagai penumpang dan juga selebriti tanah air bahawa pilihan saya untuk menaiki penerbangan kelas biasa tidak perlu dipers0alkan.
"Sepanjang saya hidup, tidak pernah ada yang menyoal tindakan yang saya lakukan dan sebagai seorang pramugari, dia tidak boleh memberi sind1ran begitu kerana ia dapat menggur1s hati penumpang.
"Pramugari berkenaan lantas meminta maaf atas kesal@hannya," jelasnya lagi dimana dia juga berharap kisah yang dikongsikan itu dapat menjadi pengajaran kepada semua pramugari untuk menjaga tutur kata mereka.
"Apa yang terlintas di hati biar simpan saja di dalam hati. Tidak perlu untuk mengeluarkan kata-kata yang berb@ur sind1ran kepada anak-anak saya mahupun orang lain.
"Jagalah hati semua penumpang dan jangan mempers0alkan jenis kelas penerbangan yang dipilih kerana kita semua sama saja," ujarnya.
Fasha berkata, dia memandang tinggi kerjaya pramugari kerana dia juga pernah bercita-cita menjadi pramugari.
Fasha berkata, sebelum ini anak perempuannya, Puteri Rasyha Jemyma pernah menyatakan hasrat ingin menaiki kelas perniagaan.
"Saya menjelaskan kepadanya kelas perniagaan itu lebih mahal daripada kelas ekonomi. Jadi, lebihan wang boleh dihulurkan kepada golongan yang memerlukan daripada dibelanjakan buat kemahuan yang hanya satu jam saja.
"Apabila perkara ini terjadi, anak-anak saya terkejut kerana kami ibarat dihina di khalayak ramai oleh seorang pramugari," tutur Fasha.
Ibu tiga cahaya mata itu dalam masa sama turut memberikan kesedaran kepada orang ramai bahawa tidak kisah status apa yang dipegang seseorang itu, sebagai seorang pramugari tidak wajar untuk mempers0alkan tindakan yang dilakukan mereka.
"VIP, selebriti, YB atau sesiapa saja sekalipun, tidak sal@h untuk duduk di kelas ekonomi. Sebagai pramugari, tidak perlu untuk terkejut dan bertanyakan soalan sebegitu kepada penumpang.
"Lebih baik selalu bersederhana kerana dari dulu saya memilih untuk hidup sebegini dan ini memang cara saya," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment