Semua sedia maklum mengenai isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz, 45, dimana dia baru-baru ini menfailkan fasakh terhadap suaminya itu pada 9 April lalu.
Selepas menfailkan fasakh, Nilam disangka menyembunyikan diri, tapi ternyata dia pulang ke kampung halamannya di Thailand.
Jelas Nilam, dia berada dalam keadaan baik, namun sibuk menjaga ibu yang sedang dirawat di sebuah hospital di Thailand.
"Masih dekat sini, ada saja tau. Tak bersedih pun, tengah sibuk jaga syurga," katanya menerusi hantaran di media sosial.
Dalam pada itu, Nilam berkata, dia tidak menyembunyikan diri kerana bimbang orang ramai akan mencarinya, namun berkemungkinan akan tinggal lebih lama di kampung.
Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, Azlan atau sebenarnya, Muhammad Azlan Kamiran, 48, mengesahkan isterinya itu memfailkan fasakh terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor.
Azlan yang menghormati keputusan isterinya itu bagaimanapun tidak akan melepaskan Nilam kerana mempunyai alasan tersendiri.
Terdahulu, pada 9 April lalu, Nilam yang mendirikan rumah tangga bersama Azlan pada 22 Januari 2022 itu hadir ke mahkamah dengan berpakaian serba hitam sehingga mengundang perhatian ramai.
Sekitar Mac lalu, Nilam menerusi video yang dimuat naik di media sosial mendedahkan suaminya itu bakal berkahwin kali kedua selepas Azlan memintanya agar meminang bakal madunya itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment