16 April 2025

AL-FATIHAH - PENULIS LIRIK TERSOHOR, YUSNOR EF DIJEMPUT ILAHI



Pada jam 2 pagi, hari ini, penulis lirik tersohor iaitu Yusnor Ef, 87, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sengkang, di sini.
Berita pemergian Yusnor Ef atau nama sebenarnya, Mohamed Noor Mohamed Yusofe disahkan oleh anaknya, Cik Noreeta Mohamed Noor, 47.

"Allahyarham mengadu mengalami s£sak nafas pada hari sebelumnya. Beliau juga mengalami mas@lah jantung kr0nik sejak lebih 20 tahun lalu," katanya.

Sementara itu, menantunya iaitu Rahmad Basir menerusi laman sosial, memaklumkan, jenazah Allahyarham masih berada di hospital, pagi ini.

"Jenazah akan dibawa pulang ke 99 Saraca Terrace. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Maklumat mengenai solat jenazah dan pengebumian akan dikongsi," tulisnya.

Untuk info, karya penulis lagu berprolifik dan pemenang pingat budaya, Yusnor Ef menjangkaui zaman selama kira-kira lima dekad.

Penerima Anugerah Bintang Bakti Masyarakat itu menulis beratus-ratus lirik lagu hit dan sehingga hari ini, lirik tulisannya masih mampu mengusik jiwa pendengar meskipun sudah berpuluh tahun usianya.

Bahasa dan mesej disampaikan, semuanya kena dengan situasi dan tetap relevan untuk masyarakat mengambil iktibar daripadanya. Semua itu datangnya daripada nukilan Yusnor Ef yang juga bekas guru.

Disebabkan bakat semula jadinya, Yusnor Ef atau lebih akrab disapa dengan panggilan Cikgu, dapat bekerjasama dengan ramai komposer terkenal seperti Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Allahyarham Yusof B, Allahyarham Zubir Said, Allahyarham Kassim Masdor, Allahyarham Datuk S Atan dan Tan Sri Ahmad Nawab.

Beliau juga menghasilkan lirik dinyanyikan penyanyi tersohor seperti Anita Sarawak, Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Allahyarham Datin Rafeah Buang, Sanisah Huri, Rahimah Rahim dan Allahyarham A Ramlie.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: