16 April 2025

"KALAU MEREKA (SRC) NAK BAGI ARTIS LAIN MENYANYI JUGA TIADA MAS4LAH" - SITI NURHALIZA KATA 11 LAGU ITU HAK SRC, TIADA MAS4LAH BERI IZIN



"Sebelum ini memang ada rakam lagu lebih. Cuma lepas habis (k0ntrak) dengan SRC (Suria Records Company), saya dibawah naungan syarikat sendiri.

"Jadi, kami dah tak bercakap fasal itu sebab saya dibawah pengurusan sendiri. Ini pun saya baru dapat baca daripada media sosial. Memang saya kata betul pun, memang kita rakam lebih."

Demikian ujar Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika mengulas kenyataan Pengarah Urusan SRC, Edwin Tan yang memaklumkan mereka masih mempunyai kira-kira 11 lagu nyanyiannya dalam simpanan tetapi belum dilancarkan oleh Siti.

"Dah tentu la boleh. Kalau artis lain nak rakam semula pun sebab itu hak SRC. Kalau mereka (SRC) nak bagi artis lain menyanyi juga tiada mas@lah. Bukan saya yang kawal pun," katanya lagi.

Sebelum ini, Edwin turut berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan berminat mengeluarkan baki lagu milik Siti yang dirakam sewaktu beliau masih bernaung dengan label berkenaan.

Berhubung itu, jelas Siti, dia memang sedia maklum ada mempunyai lagu-lagu yang dirakam dan belum dikeluarkan sewaktu bersama SRC dulu.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, biduanita negara berkata, buat masa ini, tiada lagi perbincangan yang lebih terperinci membabitkan kedua-dua belah pihak.

"SRC pun macam keluarga saya. Kita boleh duduk berbincang dengan lebih baik lagi. Cuma keadaan dah berbeza, suara saya sekarang dah berbeza.

"Dia punya 'tone' pun dah berbeza. Bagi mereka yang suka 'style' (gaya) nyanyian lama tu mungkin boleh terima. Saya pun dah tak ingat lagu apa. Sepanjang dengan SRC, rakaman itu memang ada.

"Suara tak rasa macam Siti Nurhaliza sekarang dengan Siti Nurhaliza yang lama," tutur Siti yang turut tidak menolak sekiranya ada perbincangan terhadap perkara ini, tetapi untuk merakam semula mengambil masa lama.

"Ia turut ambil masa saya dan tahun ini pun saya dah mulakan proses untuk menghasilkan album tradisional.
"Mesti kena siapkan album tradisional dulu sebab ia di bawah syarikat saya dan dana My Creative. Jadi, kena ikut jadual yang ditetapkan.

"Saya kena siapkan juga album itu kerana sebelum Disember dah kena lancarkan. Saya pun ada konsert juga dan sebagainya. Tapi kita boleh bincang," jelasnya.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, sekiranya perancangan bagus, dia melihat juga apa yang boleh diberi untuk kedua-dua belah pihak.

"Menang-menang itu kena ada. Saya rakam pun masa saya jadi artis mereka. Saya dah lupa mungkin ada lagu tradisional dan balada.

"Sepanjang dibawah SRC, dulu setiap album ada 10 lagu, tapi kami rakam 15 lagu. Tapi kalau mereka kata ada 11 (lagu), kira 11 lah," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: