29 April 2025

BEBAS HUKVMAN PENJ4RA & SEB4TAN, YASIN SULAIMAN KEMBALI KE HOSPITAL BAHAGIA - ABANG & KELUARGA LUAH RASA SYUKUR



Mahkamah Rayuan Putrajaya semalam telah memutuskan penyanyi Yasin Sulaiman terlepas hukvman penj@ra seumur hidup dan 16 seb@tan serta memerintahkannya kembali ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak sehingga diperkenankan Sultan Selangor.
Selepas keputusan dibaca, penyanyi berusia 50 tahun itu melemp@rkan 'flying kiss' kepada ahli keluarga dan peguamnya, Datuk Hisyam Teh Poh Teik di atas kejayaan tersebut.

Sebaik saja keputusan dibacakan, ahli keluarga termasuk anak perempuan Yasin, Malaika yang berusia 17 tahun tersenyum dan melakukan sujud syukur di galeri awam mahkamah.

Sementara itu, abang Yasin iaitu Zain Sulaiman yang meluahkan rasa syukur, berkata, dia dan keluarga sudah bersiap sedia untuk menerima sebarang keputusan menerusi prosedur yang berlangsung pagi tadi.

"Kami sangat bersyukur dengan keputusan yang amat menggembirakan ini. Sejak awal lagi, kami sudah berbincang dalam keluarga bahawa apa jua keputusan mahkamah, kami akan menerimanya dengan reda.

"Selepas melalui pengalaman ini, kami berusaha untuk melakukan yang terbaik dan sentiasa berdoa. Walau apa pun keputusan yang bakal diumumkan, Yasin sudah memaklumkan bahawa dia bersedia untuk menerimanya dengan hati terbuka.

"Pagi tadi (semalam), selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak, Alhamdulillah panel hakim bersetuju dengan rayuan yang dikemukakan dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam," tuturnya.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Zain turut berkongsi mengenai keadaan Yasin, dimana adiknya yang juga komposer itu berada dalam keadaan sihat.

"Alhamdulillah, Yasin kelihatan berada dalam keadaan baik. Dia mengambil ubat secara konsisten dan fizikalnya juga kelihatan lebih sihat dengan berat badan yang sedikit meningkat.

"Dia sempat berkongsi bahawa perkara pertama yang ingin dilakukannya selepas dibebaskan ialah menurunkan berat badan.

"Anaknya, Malaika, turut hadir pagi tadi (semalam). Dia sendiri kelihatan sangat gem£ntar, tetapi apabila mendengar keputusan yang berpihak kepada kami, dia tidak dapat menahan air mata kegembiraan.

"Sekarang, Yasin dibawa semula ke Penj@ra Kajang untuk menjalani proses pelepasan dan mungkin akan dibawa ke Hospital Bahagia Ulu Kinta secepat mungkin," jelasnya.

Pada 22 Ogos 2024, Mahkamah Tinggi Shah Alam menj@tuhi hukvman penj@ra seumur hidup dan 16 seb@tan ke atas Yasin selepas didapati bersal@h atas tiga pertuduhan dad@h dihadapinya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: