"Saya dah boleh terima seikhlas hati dan berlapang dada untuk berjauhan seketika dengan Amar agar dia dapat melakukan misi 'Journey To Tanah Har@m' yang diinginkan sehingga berjaya.
"Lagi pula, Allah sentiasa ada untuk menjaga mereka, melindungi dan saya akan terus mendoakan keselamatan serta kesihatan yang baik buat suami di mana saja dia berada dalam misi ini."
Itulah ujar pelakon dan pengacara, Amyra Rosli, 34, dimana dia berlapang dada melepaskan suaminya, pelakon Amar Baharin, 40, untuk merealisasikan misi impian 'Journey To Tanah Har@m' yang bermula kelmarin.
Difahamkan, Amar dan sahabatnya, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin berlepas dari Padang Besar, Perlis dengan berbasikal menuju ke Thailand dan akan merentasi beberapa negara lain sehingga sampai di Makkah.
Kata Amyra, dia reda dan bangga dengan keputusan dibuat Amar, meskipun baru kali pertama berjauhan dengan suaminya untuk tempoh lama kira-kira tiga bulan bagi misi kayuhan itu.
Disamping itu, Amyra yang kini berada di Thailand kerana mengiringi Amar dari Perlis, memberitahu, dia bersama dua anak, ibu bapanya dan semua ahli keluarga akan pulang ke Malaysia hari ini dan gembira masih dapat menatap suaminya, semalam.
"Sekarang, Amar dan Datuk Qabin dah buat kayuhan berbasikal mereka menuju ke Bangkok, Thailand yang dijangka sampai ke bandaraya itu dalam tempoh 10 hari. Semoga perjalanan itu dipermudahkan.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Amyra juga mengakui, dia ada terbaca komen netizen mendakwa ia air mata kesedihan daripada seorang isteri buat suami selepas tular video tangisannya di media sosial.
"Semalam (kelmarin), saya menangis itu bukan sebab terlalu sedih nak lepaskan Amar pergi. Tapi, ketika itu saya memang tidak bersedia untuk berucap di hadapan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang menyempurnakan pelepasan.
"Saya sebenarnya menangis gembira dan sangat menyokong keputusan suami saya. Amar dipanggil menjadi tetamu Allah untuk musim haji kali ini secara begini (berbasikal) yang menjadi hobinya.
"Sebagai isteri, saya akan sentiasa beri sokongan pada minat suami dan saya juga rela 'terbang' ke tempat di mana Amar berada untuk misi ini bagi membantunya jika diperlukan," tuturnya.
Pada Oktober tahun lalu, Amar meluahkan impian, dia bersama Qabin yang juga pendaki Gunung Everest akan menjayakan misi berbasikal ke Makkah, sekali gus berpeluang menunaikan haji di negara Arab itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment