"Selepas beberapa majlis, keluarga kami sudah saling mengenali. Saya pun dah kenal keluarga Amira, begitu juga dengan dia. Rasanya tak sal@h sebab dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara dua keluarga."
Demikian kata pelakon Fattah Amin dimana dia mengakui hubungan keluarganya dengan penyanyi Amira Othman semakin rapat selepas bertemu dalam beberapa majlis dan dia juga sudah mengenali keluarga Amira.
Sementara itu, Fattah turut menjelaskan, kehadiran perunding perkahwinan terkenal pada majlis sambutan rumah terbukanya kelmarin tiada membawa berita gembira.
Tambahnya lagi, kehadiran perunding perkahwinan sekadar kenalan lama yang hadir ke acara rumah terbukanya.
"Mereka adalah kenalan lama saya dan pengurus. Jadi sempena sambutan rumah terbuka ini saya jemput klien yang pernah atau sedang saya bekerjasama untuk hadir.
"Saya juga ada mengajak kenalan dan peminat untuk memeriahkan acara ini. Kalau ada apa-apa nanti saya beritahu kalian (media)," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment