28 April 2025

BERSIKAP TERBUKA TERIMA PANGGILAN JANDA - NINA ISKANDAR SIFATKAN IA PERKARA NORMAL



"Saya terbuka menerima panggilan janda itu. Tapi, ia juga bergantung pada pandangan seseorang sama ada dia ingin 'condemn' (mengutvk) saya sebagai janda atau adakah dia 'open minded'?.
"Kalau dia nak 'condemn' saya dengan label janda, itu lain cerita. Untuk saya sendiri, memang 'open' (terbuka). Sebab bila cerai-berai, macam (panggilan) janda atau duda itu adalah sesuatu yang normal atau biasa pada kita.

"Cuma, kadang-kadang ada juga orang yang 'close minded' dan pada masa sama ada jenis 'look d0wn' status duda atau janda ini. Biasanya ''look d0wn' pada janda dan saya memang mal@s nak layan."

Itulah kata pelakon asal Brunei, Nina Iskandar, 34, dimana dia bersikap terbuka menerima panggilan janda kerana menyifatkan ia perkara normal untuk pasangan suami isteri yang sudah bercerai.

Ujar Nina atau nama sebenarnya, Nur Akmalina Iskandar, pada ketika ini boleh dikatakan memang banyak kisah pasangan bercerai dan panggilan janda atau duda itu adalah biasa.

Disamping itu, Nina memberitahu, dia memilih berulang-alik dari Brunei ke Kuala Lumpur untuk menguruskan perniagaan, selain berkata, sebagai ibu tunggal, dia berusaha keras mencari rezeki untuk membesarkan anaknya, Aaryan Ar-Rizqin, 5.

Namun, jelas Nina, dia tetap memastikan kualiti masa bersama adalah keutamaan bagi mengeratkan kasih sayang antara dia dan anaknya itu.

"Anak lelaki tunggal saya pun sekarang sudah bersekolah di Brunei. Jadi, saya juga tidak boleh berjauhan lama-lama dengannya. Saya tidak mahu terlepas momen tengok Rizqin membesar.

"Masa cepat berlalu dan setiap yang terlepas itu takkan berulang. Rizqin sebelum ini pernah tidak rapat dengan saya sebab kesibukan dengan uruskan perniagaan. Jadi, mengambil kira situasi itu, saya tak nak berlaku lagi," jelasnya.

Baru-baru ini, Nina mengesahkan dia sudah bercerai talak satu dengan bekas suaminya, Mohd Azlan Adzanan atau Lan Lebah iaitu penolong pengarah asal Johor di Mahkamah Brunei, pada tahun lalu.

Kongsi Nina, dia dan bekas suaminya itu berpisah secara baik atas sebab sudah tiada persefahaman apabila membuat keputusan tinggal berasingan sejak pertengahan 2022 lalu.

Sebelum ini, Nina dan Mohd Azlan mendirikan rumah tangga pada April 2019 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Aaryan Ar-Rizqin, 5.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: