"Saya kenal dia dah lama. Dia bukan playboy, dia jenis anak mak. Budak baik. Kita tahu nak labelkan dia macam mana."
Demikian ujar pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim diman baru-baru ini dia ada berkongsikan mengenai sisi peribadi pelakon Fattah Amin yang disifatkan seorang budak baik serta anak mak.
Pekin yang pernah dikec@m kerana menyebelahi Fattah itu men£gaskan, tindakannya melakukan hal tersebut kerana yakin pelakon berkenaan tidak melakukan sebarang perkara yang neg@tif termasuk berlaku cur@ng seperti didakwa segelintir pihak.
Tambahnya lagi, dia yakin Fattah bukan individu dengan sifat neg@tif seperti dikatakan ramai kerana mereka sudah berkawan lama sejak zaman belajar, menghabiskan masa selama dua bulan bersama sepanjang tempoh penggambaran filem 'Kulit Wayang' di Terengganu.
Menurut Pekin lagi, dia senang dengan sikap Fattah yang tidak somb0ng dan merendah diri serta seorang 'Family Man', malah Fattah juga sering membuat panggilan video bersama anaknya, Fatima Aisya dan tidak tinggal solat.
"Sebab itu ketika isu itu keluar (perceraian), saya terus bagi kenyataan itu. Saya tahu dia macam mana, solat pun tak tinggal, orang baik. Saya yakin dia macam mana.
"Kalau saya ragu-ragu, memang kenyataan itu tak akan keluar tetapi saya yakin 110 peratus tentang dia. Sebab dia kena perkara yang tak mungkin. Saya cakap begitu sebab memang percaya dia.
"Selalu kalau lepak, kita tahu golongan lelaki macam mana. Selalunya kalau ada perempuan datang mesti ada yang tengok tapi Fattah tak begitu," jelasnya yang turut berkata, tindakannya memihak pada Fattah disebabkan pelakon itu dilemparkan tuduhan yang tidak berasas.
Sebelum ini iaitu sehari selepas Fattah dan bekas isterinya, pelakon dan penyanyi Nur Fazura disahkan bercerai pada 7 Oktober tahun lalu, Pekin tampil men£gaskan dakwaan Fattah berlaku cur@ng adalah satu tuduhan berat.
Tahun lalu, Fazura secara terbuka mendedahkan dia memfailkan cerai terhadap Fattah kerana pelakon itu mengab@ikan nafkah terhadap keluarga serta berlaku cur@ng.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment