"Jodoh dengan Mimi, bodyguard saya. Orang terengganu juga, senang tak payah g@duh balik kampung. Mimi semua boleh. Nanti kita kenalkan. Kalau Zizan kahwin dengan Mimi, sama-samalah jadi bodyguard saya."
Tutur Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bersoloroh mahu menjodohkan (kenenkan) pelawak Zizan Razak dengan pengawal peribadinya (bodyguard) sehingga ia menjadi perhatian.
Siti menerusi siaran langsung yang dimuat naik semula di media sosial, berseloroh mengatakan pengawal peribadinya yang dikenali sebagai Mimi itu sesuai dengan Zizan, memandangkan wanita itu berasal dari Terengganu sama negeri dengan pelawak tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Siti yang mahu 'kenenkan' Zizan dengan pengawal peribadinya, malah ada terhibur kerana penyanyi tersohor itu semakin kelakar.
Klik untuk gambar besar
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment