"Yang pertama ialah Along Spoon yang menyanyikan lagu 'Rindu Serindu-rindunya', meninggal dalam satu kejadian tr@gis.
"Kedua Saleem yang menyanyikan lagu 'Bunga Emas' meninggal dunia, Achik Spin lagu 'Utusan Rindu' pun meninggal dan terbaru Eda Ezrin terkait isu dad@h.
"Benda yang saya buat kalau mel£tup ada mas@lah. Maksudnya kalau nak buat kali kedua dah tak boleh lagi."
Itulah kata komposer Eddie Hamid dimana dia mendedahkan perasaan sedih apabila penyanyi yang bergelar anak didiknya mencatat kisah tersendiri dalam karier mereka.
Aktif menghasilkan lagu, Eddie atau nama sebenarnya, Abdul Hamid Adenan, 62, mengakui, dia terk£san dengan apa yang berlaku dalam kariernya ini.
Populariti Eddie yang berasal dari Kelantan kembali memuncak apabila lagu nyanyian Eda Ezrin dan Den Manjo berjudul 'Bea Sobar Bea' mel£tup di pasaran tahun lalu.
Bagaimanapun, Eda telah ditah@n polis dan dituduh memiliki 6,059 biji pil y@ba di sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand pada 1 November lalu.
Eda yang didapati tidak bersal@h oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat bulan lalu, kemudiannya dibebaskan, termasuk suami penyanyi itu serta empat yang lain yang turut dibebaskan.
Mereka kini menanti saat dibebaskan oleh pihak berkuasa Thailand untuk kembali ke tanah air.
Menurut Eddie lagi, sepanjang mengenali Eda, dia tidak nampak penyanyi terbabit sebagai peng£dar ataupun pen@gih dad@h.
"Masa rakaman pun kalau dia pen@gih saya tahu. Saya bukan baru sebagai komposer. Saya tahu selok belok penyanyi itu pen@gih ataupun bukan serta kena barang atau tak.
"Tapi Eda saya tak nampak pun. Dia pun pendiam. Tapi dia tak adalah menyanyi h@nyut atau sebagainya. Bila kena begini, saya pun terkejut. Cuma saya pelik ada yang kata orang sab0taj dan terani@ya.
"Tiga minggu sebelum Eda kena tangk@p, saya ada hubungi dia. Masa lagu itu naik, saya beritahu Eda, jaga-jaga sikit. Industri ini ramai yang sail@ng (d£ngki)," katanya.
Eddie dalam masa sama turut berpesan kepada Eda, popularitinya yang naik memuncak buat ada yang tidak menyukainya.
"Masa itu baru 8 juta view (tontonan). Saya jumpa dia di sebuah hotel di Kota Bharu. Bila view naik 20 juta, saya hubungi dia nak bincang lagu baru, iaitu 'Takleh Nak Sobar' dan 'Bea Soba Bea Raya'.
"Dia minta maaf tak dapat hubungi saya sebab s@kit tekak dan sedang berurusan dengan ustaz. Saya tanya kenapa dan dia beritahu macam 'terkena'.
"Kemudian saya bagi lagu baru 'Tak Leh Nak Soba' dan lagu raya untuk berlatih. Saya beritahu 2 November nak rakam," tuturnya yang juga memberitahu, pada hari Eda ditah@n, penyanyi terbabit ada menghubunginya, namun dia tidak menjawab panggilan.
"Masa itu k£coh. Dah kena macam ini kenalah reda. Saya rasa dia tak nak menyanyi lagi kot. Kalau saya pun mungkin ke arah ketuhanan. Artis Malaysia kita ramai begini tapi banyak yang lelaki. Masuk lok@p keluar semula. Ini perempuan.
"Saya pun kena, bila buat lagu orang kata 'Bea Kuda Bea'. Bila Eda keluar pun dia akan kena t£mpias. Di sana pun dengarnya dia dah khatam Al-Quran. Mungkin dia dah insaf, tak tahulah," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment