17 April 2025

TERKIL4N YASSIN MASIH TAK DAPAT PULANG - SAIFUL APEK KATA ADA BEBERAPA PROSEDUR YANG BUAT SAHABATNYA ITU TAK BOLEH PULANG AWAL



Anggota kumpulan Senario, Yassin yang sepatutnya pulang ke tanah air pada hujung Ramadan lalu itu nampaknya tidak dapat berbuat demikian kerana masih ditah@n di pusat pemulihan di Arab Saudi.
Berhubung itu, Saiful Apek yang juga anggota kumpulan Senario dan pelakon itu meluahkan rasa terkil@n serta berkata, Yassin mungkin perlu melalui beberapa proses berkaitan dokumen antarabangsa.

"Sebelum ini saya pernah beritahu, dia akan balik sebelum Aidilfitri tetapi ini membabitkan antara dua negara.

"Ada beberapa perkara seperti visa, tiket dan sebagainya. Selain itu, dia juga perlu melalui satu lagi proses pemindahan.

"Saya tak tahu bagaimana prosedurnya, tetapi apa yang saya boleh katakan, Insya-Allah dalam masa yang terdekat ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Apek memberitahu, dia yang sering berhubung dengan keluarga Yassin, juga tidak sabar menantikan kepulangan sahabatnya itu.

"Saya rasa apabila dia sampai saja, saya memang akan sambut dia. Bagaimanapun, saya rasa kita kena bagi dia berehat dulu. Saya pasti ada banyak benda yang dia mahu kongsikan, saya memang tak sabar.

"Bukan apa kita tak mahu andaian mahupun tohmahan terhadap dirinya berlarutan. Saya mahu semuanya berakhir.

"Jadi, rasanya lebih afdal sekiranya tuan badan sendiri yang bercerita mengenai apa sebenarnya yang berlaku," katanya.

Ulasnya lagi, mungkin ada perkara yang kita sebagai orang luar tidak tahu dan seharusnya menunggu maklumat terperinci dan tepat daripada Yassin sendiri.

"Setahu saya, di sana itu hukvmannya sangat ketat. Jadi, kalau ada berlaku perkara-perkara seperti itu memang akan dik£nakan hukvman hudvd.

"Jadi, apabila dia dibebaskan saya rasa mesti ada sesuatu yang kita tak tahu. Mungkin sal@h faham atau apa, kita tak tahu.

"Setiap kali dia hantar kiriman suara atau apa, saya beritahu dia, balik sini nanti baru kita bercerita mengenai perkara ini," tuturnya.

Sebelum ini, media melaporkan, seorang pelawak ditah@n di Jeddah selepas disy@ki terbabit memiliki dad@h jenis g@nja, namun tidak mendedahkan identitinya.

Pelawak itu dilapor sedang menjalani hukvman selama enam bulan di negara itu dan difahamkan, hukvman berkenaan dij@tuhkan ketika perbicaraannya, November lalu.

Sumber dilapor berkata, pelawak itu berkemungkinan akan dibebaskan lebih awal daripada tempoh ditetapkan sekiranya berkelakuan baik.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: