"Bismillahirrahmanirrahim, saya Datuk Wan Norafizah Wan Ariffin dengan ini akan memberikan kenyataan rasmi berhubung status rumah tangga saya dan suami yang menjadi perbualan dan perhatian umum sejak akhir-akhir ini.
"Tidak dinafikan bahawa segala usaha untuk memulihkan rumah tangga kami sudah melalui pelbagai peringkat termasuklah sesi pertemuan dan perbincangan bersama pihak-pihak tetapi masih tidak mencapai kata penyelesaian.
"Malah, ia menj£jaskan keselamatan serta mer0sakkan reputasi saya sebagai seorang artis yang sudah bergiat lama dalam industri muzik. Ia turut memberi k£san kepada keselamatan saya sehingga membawa kepada pengab@ian.
"Dengan dukacita, saya bert£kad membuat keputusan untuk memfailkan permohonan cerai terhadap suami, Dr Rushdi Ramli. Hal ini berikutan wujudnya campur tangan pihak ketiga sehingga perkahwinan kami tidak lagi dapat diteruskan dengan aman."
Itulah kata Datuk Nora Ariffin, 53, menerusi satu kenyataan, dimana penyanyi itu memaklumkan, dia bakal memfailkan cerai terhadap suaminya, Dr Rushdi Ramli, 59, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Isnin ini, pada jam 10.30 pagi bersama peguam syarie mewakilinya dari Tetuan Sarah Ali & Co.
Jelas Nora, keputusan itu dibuat selepas usaha untuk selamatkan rumah tangga mereka menemui jalan buntu, serta campur tangan pihak ketiga, selain turut memberi k£san terhadap reputasinya dalam dunia seni.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, ibu kepada empat orang anak ini turut memaklumkan, kenyataan media berkenaan adalah bertujuan untuk memberi penjelasan terhadap keadaan yang sebenar dan menghentikan sp£kulasi yang timbul."Kenyataan ini secara terbuka dan penuh hormat kepada semua pihak yang terbabit. Atas faktor terd£sak dan kebaikan semua pihak, saya tetap dengan keputusan meneruskan perceraian ini," ujarnya.
Terdahulu, Dr Rushdi menafikan dakwaan isteri pertamanya, Rose Aliza berkenaan perceraiannya dengan isteri kedua, Nora Ariffin atas kehendaknya adalah satu fitn@h.
Menerusi satu kenyataan media, Dr Rushdi berkata, keputusan itu dibuat kerana wujud d£sakan daripada Rose sehingga dia menceraikan isteri keduanya.
Sebelum pernikahan kali keduanya, Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Wan Ariffin, kehilangan suami tercinta iaitu komposer Johan Nawawi yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akib@t s£rangan jantung.
Pada Disember 2021, Nora menerusi hantaran di media sosialnya mengesahkan dia sudah bergelar isteri kepada Dr Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya (UM).
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment