"Kalau cakap mengenai mahu berkahwin, saya memang sudah bersedia. Umur pun makin meningkat, jadi mestilah terfikir ke arah itu.
"Calon sudah ada, tapi kami baru dalam fasa kenal hati budi. Kami perlahan-lahan dulu, tidak mahu terburu-buru. Saya pun mahu fokus karier."
Demikian jelas pelakon Sophia Albarakbah dimana dia berkata, dirinya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya yang dirahsiakan identitinya itu.
Klik untuk gambar besar
"Buat masa sekarang biarlah identiti dia tu dirahsiakan, paling penting adalah keluarga saya merestui dia. Kami pun dah beraya bersama," tuturnya yang sudah mengenali bakal suaminya itu sejak tahun 2011 lagi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment