Selepas berjaya membuktikan Paula Verhoeven, 38, memang berlaku cur@ng dengan kewujudan orang ketiga ketika masih bergelar isterinya sebelum ini, pelakon Indonesia, Baim Wong, 44, kini sah bercerai talak satu di Mahkamah Pengadilan Agama Jakarta Selatan, di sini, kelmarin.
Hakim Pengadilan Agama Jakarta Selatan Suryana berkata, perkahwinan tujuh tahun pasangan itu yang kini berakhir dengan perceraian, berlaku selepas Paula terbukti nusyuz dan tidak menjaga kehormatan diri serta mengkhian@ti hubungan suami isteri.
"Sepanjang persidangan berlangsung, bukti yang disampaikan tentang pert£ngkaran dalam rumah tangga mereka terbukti benar.
"Permohonan untuk perceraian diterima oleh mahkamah kerana terbukti Paula isteri yang nusyuz dengan kehadiran orang ketika dalam rumah tangga mereka.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu, Paula menuntut nafkah madiah sebanyak RM26,209 atau 100 juta rupiah (Rp) setiap bulan, dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM209,672 (Rp800 juta) kerana mengambil kira proses perceraian berlangsung selama lapan bulan.
Bagi nafkah idah pula, Paula membuat tuntutan sebanyak RM52,418 (Rp200 juta) sebulan, dengan jumlah keseluruhan bernilai RM157,254 (Rp600 juta).
Sebelum itu, tuntutan perceraian terhadap Paula dibuat oleh Baim di Mahkamah Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Indonesia pada 7 Oktober tahun lalu.
Pengarah filem 'Lembayung' itu memberitahu punca dia memfailkan cerai kerana Paula didakwa berlaku cur@ng dan ia dinafikan wanita itu dengan t£gas.
Untuk makluman, Baim dan Paula yang berkahwin pada November 2018 itu dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Kiano Tiger Wong, 3, dan Kenzo Eldrago Wong, 2.
Susulan perceraian itu, mahkamah menetapkan hak penjagaan anak diberikan secara sama rata dengan bergilir-gilir menjaga kedua-dua cahaya mata mereka selama dua minggu sekali.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment