"Saya jarang bersuara kerana di tempat dan kedudukan yang bersal@h. Tapi, ada masa diam itu bukan lagi pilihan. Saya juga sudah pernah meminta maaf pada kedua ibu mentua saya.
"Tetapi, disebabkan ibu mentua (Abby) mungkin ingin saya memohon maaf secara terbuka dalam media sosial. Dengan rendah hati, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua pihak terutama ibu mentua saya, Abby Abadi.
"Banyak perkara yang sudah saya lakukan sangat berat," tulis Aslam, 26, dimana dia akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada ibu isteri keduanya, pemp£ngaruh Marissa Dania Hakim, 20, iaitu pelakon Abby Abadi, meskipun mendakwa pernah melakukannya sebelum ini.
Aslam memuat naik hantaran itu di platform Threads, semalam, bagi meredakan 'kehangatan' yang timbul di media sosial, selain turut menjelaskan pada hantaran berbeza mengenai tindakan diambilnya untuk berpoligami, dimana ia atas dasar tanggungjawab, serta berusaha untuk menjadi suami yang adil dalam rumah tangga.
"Ya, saya memilih untuk berpoligami dan ya, berkahwin secara senyap serta bukan kerana suka-suka tetapi keadaan yang memerlukan begitu. Saya tahu risiko dan beban yang datang bersamanya.
"Tapi, saya juga tahu lebih baik bertanggungjawab daripada terus bermain dengan perasaan dan masa depan. Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap dua isteri saya.
"Mereka (dua isteri) tidak berkongsi tempat tinggal termasuk nafkah. Masing-masing saya jaga mengikut kemampuan dan keperluan mereka. Saya tidak sempurna tetapi berusaha berlaku adil," ujarnya.
Walaupun sudah lebih setahun mendirikan rumah tangga dengan Marissa, namun hubungan Aslam dengan ibu mentua itu masih seakan ding1n.
Apatah lagi, Abby menerusi komen ditulisnya sebagai menjawab pertanyaan netizen yang meminta dia memohon maaf kepada madu anaknya membuat anggota kumpulan Elite ini k£sal dengan sikap menantunya.
Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan ramai terutama dikec@m hebat netizen di media sosial pada Januari tahun lalu selepas bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Pasangan muda sens@si itu turut dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan yang ketika itu dimaklumkan berada di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah.
Tidak hanya itu, pernikahan antara Aslam dan Marissa juga didakwa berlangsung tanpa pengetahuan ibu dan bapanya iaitu pelakon Norman Hakim dan anggota keluarga yang lain.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment