Adik ipar kepada Zahnita Wilson iaitu Shreen Abd Gafoor kini tampil membuat pendedahan mengenai kakak iparnya itu selepas sebelum ini seorang wanita dipercayai bekas rakan kongsi model dan pelakon itu bersuara.
Dakwa adik ipar Zahnita, ada lelaki yang tidak dikenali berada di dalam rumah kakak iparnya ketika hari raya pertama iaitu pada 31 Mac lalu.
Shreen dalam masa sama turut men£gaskan abang dan kakak iparnya masih lagi suami isteri serta mengatakan tidak mengenali lelaki berkenaan.
Jelas Shreen lagi, kehadirannya ke rumah kakak iparnya ketika itu untuk memberikan makanan hari raya dan terkejut melihat lelaki berkenaan yang berbaju Melayu di rumah Zahnita.
"Saya dah pendam perkara ini lama dan sudah masanya untuk saya bercakap sedangkan abang saya (Zackery) masih lagi suami kepada Zahnita tapi ada seorang lelaki dalam rumah kakak ipar saya ketika itu.
"Waktu tu hari raya pertama saya datang ke rumah Zahnita untuk berikan makanan hari raya dan terkejut melihat seorang lelaki lengkap berpakaian baju Melayu bersama-sama dua orang anaknya.
"Saya minta anak saudara saya panggil ibunya dan Zahnita turun dalam keadaan terkejut mukanya," kata Shreen yang juga menunjukkan video dimana kelihatan seorang lelaki di dalam rumah berkenaan.
Selain itu, Shreen berkata, tujuan dia merakam video ke rumah kakak iparnya itu untuk mengelakkan perkara tidak diingini meskipun berniat baik.
"Saya tak tahu siapa ada dekat rumah, yang saya tahu anak-anak saudara dah pergi sana. Saya rakam video sebab risau jika saya pergi sana walaupun niat baik tapi t@kut dia cakap saya datang nak s£rang apa ke. Jadi saya sendiri rakam untuk keselematan," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment