18 April 2025

BUAT LAPORAN TERHADAP HAKIM - BEKAS ISTERI BAIM WONG TAK PUAS HATI DIS4BIT NUSYUZ



"Keputusan dibuat tidak mengikut keterangan yang dikemukakan dan jauh daripada fakta perbicaraan," ujar bekas isteri kepada pelakon Indonesia, Baim Wong iaitu Paula Verhoeven yang dipetik menerusi laporan Suara.com.

Paula bertindak melaporkan hakim yang mengendalikan k£s penceraiannya kepada Suruhanjaya Kehakiman Salemba, Jakarta Pusat.

Kata Paula, dia tidak berpuas hati dengan keputusan dibuat yang mens@bitkan dia sebagai nusyuz, selain menganggap hakim berkenaan melangg@r etika kehakiman.

T£gas ibu kepada dua anak lelaki itu lagi, dia juga tidak pernah berlaku cur@ng sepanjang perkahwinannya bersama Baim kerana tiada bukti jelas dikemukakan sepanjang perbicaraan yang mengatakan dia berlaku cur@ng dengan lelaki lain.

"Ingin saya t£gaskan tiada sebarang hubungan sul1t dengan mana-mana lelaki sepanjang perkahwinan kami. Tiada bukti menunjukkan saya mempunyai hubungan sul1t di mahkamah.

Klik untuk gambar besar

"Saya bertanggungjawab dengan semua kata-kata saya," luah Paula yang turut berkata, tindakan tersebut juga untuk membersihkan nama baiknya kerana tidak mahu anak-anaknya membaca kisah tersebut suatu hari nanti.

"Anak-anak saya masih kecil yang nantinya mereka boleh membaca kisah ibu mereka, saya berdiri sebagai seorang ibu yang menjaga anak-anaknya," tuturnya.

Pada Rabu lalu, Baim dan Paula sah bercerai talak satu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Dalam penghakiman yang dibuat, hakim Mahkamah Pengadilan Agama Jakarta Selatan memutuskan Paula bukan sahaja berlaku cur@ng tetapi tidak menjaga kehormatan diri serta mengkhian@ti Baim.
Hakim turut mens@bitkan Paula sebagai nusyuz dan tidak berhak membuat sebarang tuntutan nafkah daripada Baim.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan hak penjagaan dua anak lelaki mereka diberi sama rata iaitu bergilir-gilir menjaga mereka setiap dua minggu.

Pada 7 Oktober tahun lalu, Baim memfailkan cerai terhadap Paula atas dakwaan model itu bersikap cur@ng.

Namun, Paula tampil menafikan dakwaan itu dan men£gaskan tidak pernah berlaku cur@ng terhadap pelakon berkenaan.

Untuk makluman, Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada November 2018 dan mereka memiliki dua anak lelaki iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang kini berusia dua tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: