Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi yang juga bintang Ceria Popstar iaitu Erissa Puteri Hashim, 22, selepas selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Muhamad Daniel Iskandar Zaidi, pada jam 11 pagi, hari ini.
Pasangan ini dinikahkan Pendaftar Nikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Dr Adam Drahman dengan berwakil walikan bapa Erissa, Hashim Daud.
"Perasaan saya sangat lega. Tapi dalam masa sama perasaan juga amat berat nak tinggalkan keluarga kerana saya sangat rapat dengan mereka sebagai anak bongsu.
"Jadi, tiba-tiba lepas saja sah macam-macam perasaan datang. Dapat keluarga baru tapi dalam masa yang sama bukan tinggalkan keluarga cuma berjauhan.
Klik untuk gambar besar
"Alhamdulillah, semuanya dah selamat," luahnya yang juga meminta supaya mendoakan kesejahteraan rumah tangganya bersama suami.
Difahamkan, majlis pernikahan Erissa dan suaminya itu dihadiri 200 tetamu terdiri daripada keluarga terdekat serta teman rapat kedua-dua belah pihak di sebuah hotel terkemuka, di sini.
Dalam majlis tersebut, Erissa menerima 11 dulang hantaran serta mas kahwin 70 gram emas, manakala pihaknya membalas dengan sembilan dulang hantaran,
Bukan itu sahaja, malah Erissa turut dihadiahkan rantai emas dan juga rantai berlian oleh keluarga pengantin lelaki sebagai lambang kasih sayang serta simbol penyatuan dan penerimaan dalam keluarga baharu.
Majlis resepsi pasangan yang selamat mengikat tali pertunangan pada 5 Januari lalu selepas setahun berkenalan, akan berlangsung pada 25 April ini di hotel sama.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment