18 April 2025

DEDAH SEBAB KENAPA ASLAM PERNAH DITAMP4R SUAMI - ABBY ABADI MAHU MENANTUNYA ITU KEMUKAKAN KESAL4HAN : "SAYA HILANG TERUS ANAK SAYA"



"Bila minta maaf tu Aslam? Dah alang-alang update kat thread ni, cuba terangkan kat sini masa dan keadaan masa minta maaf tu macam mana?? Dan ada apa-apa yang keluar tak dari mulut saya waktu tu?

"Berapa lama dah kahwin dengan anak saya? Berapa kali dah datang jumpa saya? Ada pernah bersembang dengan saya tak? Mengaku bersal@h kat Thread ni.. tapi apa kesal@hannya? Boleh tahu? Minta cerita semua dekat sinilah sebab semua orang nak tahu ni."

Itulah kata pelakon Abby Abadi menerusi satu hantaran di media sosial, dimana dia meminta menantunya iaitu Aslam untuk berkongsikan kepada umum apa kesal@han yang dilakukan sehingga mengaku bersal@h.

Semalam, Abby mendedahkan Aslam tidak pernah bersemuka dengannya untuk memohon maaf sepanjang berkahwin dengan anaknya, Marissa Dania Hakim.

Bukan itu sahaja, malah Abby turut membal@s komen netizen dengan mengatakan bahawa Aslam yang bersal@h dalam hal tersebut dan perkara itu menjadi perhatian.

Malah, Abby berkata dia seolah ‘hilang’ anak selepas Marissa berkahwin dengan Aslam sedangkan dia yang menjaga sejak dari kecil lagi.

"Dalam situasi ni saya sal@hkan Aslam. Awak tahu ke apa yang saya cakap dengan anak saya?? Tak tahukan? so tak payah nak sibuk, nak babitkan hal lain.

Klik untuk gambar besar

"Awak tu lagi baik diam. Jangan sibuk hal orang. Anak saya kahwin dengan Aslam, saya hilang terus anak saya. Saya yang jaga anak tu dari kecil," ujarnya.

Sementara itu, suami kepada Abby iaitu Muhammad Faizal Zakaria juga tampil bersuara mengenai isu membabitkan anak tirinya, Marissa Dania dan suaminya itu.

Faizal menerusi satu perkongsian di media sosial berkata, dia pernah menamp@r Aslam, namun tidak memberitahu lebih lanjut mengenai tindakan lelaki itu serta sudah memberi am@ran.

"Aslam oh Aslam selama ini aku diam saja pasal apa kau buat. Dari awal k£s kant0i aku dah lempang kau siap bagi am@ran lagi... sampailah kejadian itu. Aku tak nak cerita pasal itu," tulisnya.

Tambahnya, Aslam juga tidak pernah meminta maaf, mahu pun berdepan dengan mereka atas perbuatan yang dilakukan.

"Sejak k£s tu tak pernah ada perkataan minta maaf pun, tak pernah datang berdepan mengaku apa kau buat. Yang kau tahu buat macho seolah tak ada kesal@han.
"Kau memang tak ada tanggungjawab pun, kau ingat setiap apa yang berlaku tu boleh hilang macam tu je ke. Sorry tak pernah hilang dalam fikiran aku," tuturnya.

Sebelum ini, Aslam tampil memohon maaf secara terbuka kepada Abby dalam media sosial dan sebagai suami katanya, dia sedaya upaya menjalankan tanggungjawab dengan adil kepada kedua-dua isterinya.

Menurut Aslam lagi, dia pernah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Abby, namun dia memahami ibu mentuanya itu mahu dia melakukan secara terbuka.

Disamping itu, Abby menerusi hantaran lain yang dimuat naik di media sosial, memberitahu, punca suaminya bertindak menamp@r Aslam adalah disebabkan lelaki itu menjalinkan hubungan cinta dengan anaknya yang masih di bawah umur.

Jelas Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, ketika itu Marissa masih bersekolah rendah dan sil@pnya tidak bert£gas menyebabkan hubungan mereka berlarutan.

"Kenapa bapa tiri yang lemp@ng Aslam? Sebab masa berlakunya kejadian itu Marissa bawah umur dan di bawah jagaan saya dan suami (bapa tiri Marissa).
"Ini bukan hal baru, ia berlaku masa Marissa sekolah rendah ya. Sil@p saya dan suami kerana tidak bert£gas dan beri peringatan awal," kata pelakon drama 'Gerak Khas' ini.

Dalam pada itu, Abby turut memaklumkan, bekas suaminya iaitu pelakon Norman Hakim tidak mengetahui akan hal tersebut kerana tidak sempat memaklumkan kepadanya.

Ulas Abby lagi, sekiranya pada waktu itu dia membuat laporan polis, sudah tentu Aslam akan dikenakan tindakan undang-undang.

"Bapanya (Norman) tak tahu fasal ini sebab saya tak sempat nak bercerita rasanya. Dua-dua memang sal@h.

"Tapi kalau saya buat laporan polis waktu itu, Aslam yang akan ke dalam kan? Kalau report waktu itulah tapi saya tak sampai hati.

"Sekarang bercerita sebab pihak tu (Aslam) nak berlaw@n sangat kan? Kata dah minta maafkan? Yang hal 10 tahun dulu pun tak pernah minta maaf, tiba-tiba muncul minta maaf terbuka," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: