"Biarlah anak-anak membesar seperti orang biasa sebab saya tidak mahu mereka menjadi tumpuan. Saya ingin mereka (anak-anak) merasa hidup bebas. Tak naklah rasa mak dia artis atau selebriti. Alhamdulillah sampai hari ini anak-anak saya sangat selesa dengan kehidupan mereka."
Demikian ujar pelakon, pengacara dan penyanyi, Elly Mazlein, 45, dimana dia kekal dengan prinsip enggan mendedahkan wajah dua anaknya Putri Sara Sefhia, 8, dan Haider Matten, 4, di media sosial bagi menjaga privasi mereka.
Jelas Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, dia mahukan anak-anaknya itu menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak biasa dan tidak kekok apabila berada di khalayak ramai.
Bagaimanapun, Elly atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom, berkata, itu pilihan peribadinya dan jika ada rakan-rakan artis turut berbuat sama, masing-masing mempunyai hak berhak berbuat demikian.
"Apabila ada artis-artis lain membuat keputusan sama, mungkin itu terbaik untuk mereka. Teruskan. Tapi apa-apa pun hak masing-masing, ada sahaja artis dan orang biasa kongsikan anak mereka di media sosial.
Klik untuk gambar besar
Ini kerana kata Elly, kalau ada orang luar rakam foto atau video pun, mereka akan kaburkan wajah anak-anaknya.
"Kalau saya bawa anak keluar, kebanyakan peminat sudah faham prinsip saya. Mungkin kerana mereka sudah lama mengikuti media sosial saya.
"Peminat menghormati, mereka memang tahu kalau saya muat naik foto anak-anak wajah akan ditutup dengan emoji.
"Jadi, kalau mereka mahu memuat naik foto bersama saya, mereka akan 'blur' wajah anak-anak saya," ulasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment