18 April 2025

KEM£LUT KELUARGA - ANAK ABBY ABADI, MARISSA DANIA MAHU SELESAIKAN SECARA PERIBADI, BUKAN DI MEDIA SOSIAL



"Dari pihak saya, semuanya saya selesaikan secara peribadi dengan semua yang terlibat. Tiada bal@s-membal@s di media sosial. Mohon hormati kalian dalam hal ini ya. Saya minta maaf sekiranya ada khil@f atau menimbulkan sal@h faham."

Itulah tulis anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim, 20, dimana dia mengambil pendekatan menyelesaikan kem£lut rumah tangga secara peribadi dan bukannya melalui media sosial.

Marissa yang berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di media sosial miliknya, juga meminta orang ramai menghormati keputusan tersebut dan memohon maaf sekiranya perkara tersebut menimbulkan sal@h faham dalam kalangan masyarakat.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, perkongsian lain Marissa di media sosial turut mendapat perhatian ramai apabila memuat naik foto di kawasan perkuburan dipercayai milik cahaya mata yang pernah dikandung.

Kata Marissa, meskipun tidak berkesempatan untuk menjaga bayinya, tetapi dia tetap akan menjadi pelindung kepada anaknya itu.
"Tiada siapa yang boleh melindungi awak melainkan saya. Walaupun awak sudah tiada di sini (meninggal dunia), apa pun yang terjadi saya sentiasa akan menjadi pelindung.

"Allhamdulillah saya sempat mengandungkan dan melahirkan, cuma tak ada peluang untuk menjaga anak saya. Tapi itu bukan bermakna tiada kasih sayang dan ruang untuk berkata sesuka hati," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: