19 April 2025

NAFI BEREHAT - AINA ABDUL AKUI MASIH BEKERJA MACAM BIASA : "SAYA TAK REHAT LAGI SAMPAI SEKARANG SELEPAS AJL"



"Sebenarnya saya memang mengambil langkah berdiam diri dengan aktiviti saya. Selagi saya tak sedia untuk umumkan benda itu, saya akan pilih bersikap 'low profile' saja.
"Kalau nak kata kerja, saya masih bekerja macam biasa. Malah, saya tak rehat lagi sampai sekarang selepas AJL. Saya buat banyak penulisan dan penulisan berkumpulan.

"Sebelum ini pun daripada kemunculan dalam Mentor Legend (2014) lepas itu ada saja momen-momen yang kadangkala kita ambil masa satu, dua hari untuk hadam apa segala yang berlaku."

Demikian jelas penyanyi Aina Abdul yang menafikan dia terus berehat daripada nyanyian selepas mengeluarkan kenyataan tidak mahu lagi bertanding dalam Anugerah Juara Lagu (AJL).

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan kejayaan Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 31, memenangi Persembahan Terbaik dalam AJL ke-39, Februari lalu yang menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat.

Kata Aina yang menyanyikan lagu 'Puas Sudah' itu lagi, dalam kamus hidupnya, dia tidak pernah mahu berehat dari nyanyian serta berkarya, namun bagaimanapun mengakui 'badai' AjL kali ini sangat kuat berbanding tahun sebelumnya.

"Bahkan untuk diri saya sendiri, lepas sebulan, dua pun masih lagi orang bercakap apabila saya keluar. Mereka sebut pasal persembahan terbaik dan AJL.

"Kalau saya pergi bekerja di luar pun, kalau orang itu perasan, mereka akan masih lagi bercakap yang bagus dan yang t£ruk berkenaan AJL. Alhamdulillah, semua yang baik sahaja.

"Sebenarnya kadang-kadang yang burvk (krit1k) itu nampak macam ramai tapi waktu saya keluar kerja, respon yang baik-baik sahaja yang saya terima daripada orang," ujarnya yang juga memberitahu, dia kini menyelesaikan pelbagai perkara berkaitan kariernya.

"Banyak sebenarnya yang saya tengah siapkan. Cuma saya tak boleh nak kongsi lagi kepada peminat saya sebab saya tahu mereka peminat sebenar.

"Mereka tahu saya tengah buat apa dan mereka pun nak saya siapkan projek itu kemudian baru umumkan. Mereka ada tanya saya sama ada okey atau tak. Mereka biar saya ambil masa dan bila sedia baru maklumkan," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: