08 April 2025

"JIKA MATLAMAT YANG INGIN DICAPAI ITU DIPERMUDAHKAN, SAYA SYUKUR & JIKA SEBALIKNYA, SAYA BERSERAH" - ERRA FAZIRA DEDAH MR E SUDAH JUMPA IBU



"Fasa itu (berjumpa mak) sudah lepas, dia sudah mengenali keluarga terdekat saya dan begitu juga dia. Kami tidak 'rushing', mahu terus mengenali hati budi dan lihat keserasian masing-masing.
"Kami berkenalan pada Ogos tahun lalu, nak bercakap lebih pun t@kut sebab masih di fasa manis. Jika matlamat yang ingin dicapai itu dipermudahkan, saya syukur dan jika sebaliknya, saya berserah."

Itulah kata pelakon Erra Fazira dimana dia mendedahkan sudah memperkenalkan kekasih hatinya, Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai Mr E kepada ibunya.

Erra yang berkata demikian menerusi satu p0dcast, menjelaskan, dia masih dalam fasa mengenali hati buding masing-masing, selain enggan terburu-buru dalam membuat keputusan.

Kini lebih matang dan tenang dalam perhubungan, Erra berkata, dia mahu melalui fasa normal seperti orang lain kerana sebelum ini, jika mahu 'dating' pasti akan ke tempat privasi.

"Saya lebih matang dan tiada benda yang perlu disembunyikan. Kalau dulu nak keluar 'dating' mesti akan pergi tempat yang privasi dan perlu ada yang teman. Macam-macam saya fikir termasuk nak jaga hati orang lain.

"Namun sekarang, saya mahu melalui fasa yang normal macam orang lain. Masa pertama kali jumpa dengan dia, kami pergi makan di kedai Kampung Baru. Tempat yang padat dengan orang," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: