10 April 2025

"KAYA TAPI HIDUP SEORANG DIRI... SAYA NASIHAT DIA (SYAMSUL) CARI PASANGAN..." - YUSOF HASLAM



"Tiada makna cari duit dan kaya tapi hidup seorang diri. Nanti akan rasa bosan. Saya pesan agar bina hidup baru dan jangan hidup seorang diri, tapi dia (Syamsul) kata nak kekal solo buat sementara ini. Katanya 'nantilah papa' dan nak fokus kerja, dia pun ada dua lagi projek filem lagi.

"Saya nasihat dia cari pasangan kerana hidup ini kalau tiada pasangan, umpama tidak ada makna. Paling penting dalam kehidupan adalah ketenangan dan bukannya kemewahan."

Itulah kata penerbit Datuk Yusof Haslam dimana dia menasihatkan anaknya yang juga pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof untuk tidak terus hidup bersendirian selepas berdepan dua perceraian, sebaliknya berusaha mencari pasangan hidup.

Namun begitu, Syamsul memberitahu, dia memilih untuk kekal solo buat sementara waktu selepas turut dipesan bapanya itu untuk membina hidup.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, Yusof juga berkongsikan keadaan Syamsul yang kini dilihat semakin bersemangat, selain turut menitipkan doa agar anaknya itu terus kuat mengharungi hari-hari mendatang.

"Alhamdulillah dia nampak lebih fokus. Saya melihat proses penggambaran filem 'Original G@ngster yang mengambil masa lama, mungkin disebabkan banyak mas@lah dalam hidup dia sebelum ini.

"Dia pun saya lihat sudah semakin bersemangat cuma berat badannya sedikit turun dan nampak kurus. Saya pesan pada Syamsul, apa sekalipun dia perlu kuat semangat," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: