10 April 2025

PERNAH DAPAT CEK T£NDANG - NORANIZA IDRIS S£RIK, TR4UMA UNTUK MENGADAKAN KONSERT



"Saya bukan saja s£rik, malah jadi tr@uma nak buat konsert sebab pernah dapat cek t£ndang daripada penaja. Wakil syarikat itu pada awalnya memang bersungguh-sungguh mahu bekerjasama.
"Jadi, dia berikan cek dulu, tetapi mal@ngnya itu cek t£ndang. Biarpun insid£n itu sudah bertahun-tahun berlaku, saya masih ingat dan jadi t@kut nak buat konsert."

Demikian ujar Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, 57, dimana jelasnya, dia tr@uma untuk mengadakan konsert selepas dia menerima cek t£ndang daripada segelintir pihak sebelum ini yang hanya pandai menabur janji manis ingin menaja konsert mega berbayar untuknya.

Kata Noraniza yang mesra disapa Kak Ani, pengalaman p£rit dilaluinya itu membuatkan dia s£rik dan lebih berhati-hati sebelum mengikat kerjasama dengan sesetengah pihak bagi merealisasikan persembahan besar.

Dalam pada itu, akui Noraniza, dia memang lebih cend£rung mengadakan persembahan berbentuk tanggungjawab sosial korp0rat (CSR) dan mengikat kerjasama dengan pihak yang lebih memudahkan perjalanan sesebuah projek.

Terbaru, Noraniza bakal menjayakan Konsert Eh Raya 2025 di pusat beli belah Summit USJ, di sini, pada 26 April ini secara percuma dan mensasarkan kehadiran lebih 5,000 penonton.

"Konsert ini bukan sekadar persembahan muzik, tetapi membawa penonton menyusuri pengalaman rumah terbuka Aidilfitri dalam bentuk sketsa, tarian dan nyanyian.

"Idea mahu berkongsi konsert tanpa tiket berbayar ini muncul selepas saya pindahkan operasi Noraniza Idris Dance Academy (NIDA TARI) ke Shah Alam dari Kuala Lumpur sejak Januari lalu dan menariknya banyak pihak tampil memberi sokongan.

"Kami akan sajikan persembahan lagu raya penuh nostalgia seperti Rewang Raya dan Halal Bihalal diiringi lebih 60 penari Noraniza Idris Dance Academy (NIDA TARI), selain memasyarakatkan semula seni tradisional," katanya.

Tuturnya lagi, dia teruja meraih sokongan pelbagai pihak dalam merealisasikan Konsert Eh Raya 2025, sekali gus memartabatkan seleksi lagu raya yang menjadi siulan ramai.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: