Baru-baru ini, klip video kemunculan istimewa pelakon dan penyanyi Amy Mastura, 54, dalam sebuah siri Jepun lama dulu menjadi tular di media sosial selepas dimuat naik.
Berhubung itu, Amy atau nama sebenarnya Amy Mastura Suhaimi, berkata, dia tidak menyangka klip video tersebut tular, selain mengakui dia sendiri tidak ingat pembabitannya dalam siri itu.
Namun, ujar Amy, dia masih ingat pengalaman bekerja dengan pr0duksi Jepun dimana ia sangat mengagumkan.
"Pengurusan mereka sangat tersusun rapi dan dirancang cukup baik. Mereka siap buat peta KLCC dan orang awam tidak dibenarkan mengambil gambar sesuka hati sewaktu penggambaran.
"Saya saja dibenarkan ambil gambar dengan peminat. Peminat pelakon Jepun yang terbabit pun ambil gambar dengan saya sajalah.
"Selepas tamat penggambaran, barulah dapat bergambar ramai-ramai. Itu sajalah yang saya ingat. Sebab hal-hal lain saya memang tak faham mereka cakap apa," tuturnya.
Klik untuk gambar besar
"Dapatlah merasa bagaimana bekerja dengan orang Jepun. Ingatkan mungkin boleh buat buat kemunculan lagi. Rupa-rupanya, watak itu tidak menggunakan topeng wajah saya dah.
"Apapun, saya sangat-sangat berbesar hati kerana diberikan peluang itu. Walaupun kecil saja, tapi dapat jugalah merasa," katanya.
Dalam klip babak tular itu, Amy membawakan watak seorang penjual mainan di sebuah taman riadah. Bagaimanapun, watak itu sebenarnya seorang lelaki yang sekadar menggunakan topeng wajah Amy.
Klip yang dimuat naik di media sosial Says Seismik itu berjaya meraih lebih 1.2 juta tontonan, lebih 112,400 tanda suka dan lebih 970 komen.
Menerusi ruangan komen pula, drama itu dikatakan berjudul 'Kindaichi Case Files Gate of Jail Private School Murders' yang pernah ditayangkan di saluran ntv7 sekitar tahun 2013.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment