"Alhamdulillah, keadaan ayah stabil tetapi buat masa ini, dia perlu berehat di rumah kira-kira seminggu untuk pemulihan. Ayah tidak boleh bekerja lagi (berlakon) walaupun dia masih terikat dengan beberapa jadual penggambaran drama.
"Jadi, dengan keadaan kesihatannya sekarang maka aktiviti lakonan itu perlu dijadualkan semula. Doktor pun nasihatkan ayah harus berehat dulu."
Itulah kata anak kepada pelakon veteran, Rahim Jailani, 64, iaitu Muhamad Fadzlan Tasyriq, 25, dimana jelasnya, bapanya itu ketika ini dalam keadaan stabil dan sudah dibenarkan keluar hospital sejak kelmarin untuk berehat di rumah.
Terdahulu, Rahim dilaporkan mengalami s£rangan jantung ketika tidur sewaktu balik meraikan Aidilfitri di kampung dan dimasukkan ke sebuah hospital di Negeri Sembilan untuk rawatan lanjut.
Tambah Tasyriq lagi, mereka yang sudah pulang ke kediaman di Kuala Lumpur itu akan membawa bapanya menjalani pemeriksaan lanjut bersama doktor pakar yang ditetapkan di hospital di sini.
"Cuma, di hospital mana ayah akan dirujuk untuk pemeriksaan lanjut yang dijadualkan pada Jun depan, saya mohon maaf kerana tidak dapat mendedahkannya.
"Tapi, sekiranya berlaku kec£masan dan sebagainya pada kesihatan ayah sebelum tarikh temujanji itu, kami boleh terus membawanya ke hospital berkenaan," tuturnya.
Dalam pada itu, Tasyriq turut memberitahu, bapanya ada terlepas memakan ubat yang patut diambilnya mengikut rutin, dimana ia menjadi punca Rahim mengalami s£rangan jantung secara tiba-tiba.
"Ayah memang ambil ubat sebelum ini dan doktor beritahu ayah juga perlu mengawal pengambilan air, tapi masa minggu beraya di kampung itu ayah ada terlebih minum.
"Malah, ayah juga ada terlepas makan ubat yang perlu diambilnya untuk mengurangkan air dalam badan. Dah lama juga ayah makan ubat itu, tapi saya tak pasti sejak bila," kongsinya.
Sebelum ini, berita Rahim yang dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut dikongsikan Tasyriq menerusi hantaran di media sosial dengan memuat naik foto bapanya serta memohon orang ramai mendoakan kesembuhan segera.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment