10 April 2025

'ANAK ABAH', 'ANAK SYURGA' & 'AUTISM'..." - JEP SEPAHTU MENGALIR AIR MATA LUAH RASA SYUKUR ATAS PEMBERIAN HADIAH HARI LAHIR KE-40



"Hari ini (semalam) genap usiaku yang ke-40 tahun. Baru sahaja tadi aku mendapat hadiah yang membuat air mata aku tak berhenti mengalir.

"Syukur Alhamdulillah diatas pemberian ini. Ternyata sangkaan baik ku selama beberapa tahun ini akan terus menjadi sangkaan baik sepanjang hidup.

"Akan aku jaga amanah ini dengan penuh rasa syukur, cinta, kasih dan sayang. Khidir dan Abu Bakr seindah nama mu 🥹🤍."

Klik untuk gambar besar

Demikian tulis pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu dimana dia turut menyertakan tanda pagar 'anak abah', 'anak syurga' dan 'autism'.

Jep meluahkan rasa syukur dan berkata air mata tidak berhenti mengalir apabila menerima hadiah paling bermakna sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-40 semalam.
Selain itu, tutur Jep lagi, dia akan menjaga amanah tersebut dengan penuh rasa syukur, kasih dan sayang serta turut menyebut nama dua anak lelakinya, Khidir dan Abu Bakar.

Dalam hantaran tersebut yang dikongsikan di media sosial, Jep bagaimanapun tidak menyatakan lebih lanjut mengenai perkara itu.
Untuk makluman, Jep mendirikan rumah tangga dengan pelakon Sari Yanti pada 25 Februari 2017.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 7, Muhammad Khidir, 5, dan Abu Bakr, 4.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: