"Sewaktu s£rangan itu berlaku, saya rasa seperti hilang segalanya. Saya tertanya-tanya, sempatkah saya bertaubat dan memperbetulkan ibadah saya. Bukanlah nak cakap saya ini terlalu jah@t, tetapi pelbagai perkara mula bermain di fikiran.
"Saya juga terbayang anak-anak yang sedang berada di bilik hotel. Saya turut bawa mereka dan bercuti ke Port Dickson. Cuma apa yang mampu saya lakukan hanyalah memohon kepada Tuhan agar diberikan peluang untuk melihat anak-anak membesar.
"Saya juga merayu, 'janganlah (ambil nyawa) sekarang, jika Kau izinkan'. Itu sahajalah yang terlintas di fikiran saya ketika itu. Ia satu perasaan yang cukup men@kutkan dan sukar untuk digambarkan."
Itulah kata pelakon Zamarul Hisham dimana dia berkongsi pengalaman mendebarkan apabila mengalami s£rangan jantung ketika menjalani penggambaran drama di Port Dickson, Negeri Sembilan, pada awal Februari lalu.
Klik untuk gambar besar
"Sekarang saya perlu makan ubat setiap hari. Selepas dibenarkan keluar hospital saya perlu makan tujuh jenis ubat, tapi sekarang sudah tinggal lima jenis ubat saja.
"Tahap kesihatan saya pula semakin pulih, tetapi jika saya tak kawal pemakanan, saya akan mula rasa tidak selesa pada bahagian jantung. Sekarang ini saya sentiasa bawa ubat ke mana-mana.
"Masa di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tujuh hari, saya memang berjanji pada diri untuk jaga pemakanan dan kesihatan. Tapi bila masuk hari kelima di rumah, semuanya tinggal janji," jelasnya.
Dalam kejadian itu, Zamarul berkata, dia menjalani prosedur angi0gram dan pemasangan st£nt di bahagian kanan jantung dan perlu menjalani satu lagi pros£dur st£nt di bahagian kiri jantung.
"Sepatutnya dua st£nt (pros£dur angi0plasti) perlu dipasang, tapi doktor hanya pasang satu dulu kerana enggan mengambil ris1ko.
"Lagipun satu st£nt mengambil masa lebih dua jam. Saya ada satu st£nt dalam saluran dar@h dan perlu tambah lagi satu bagi meluaskan saluran dar@h.
"Kalau diikutkan saya sudah dijadualkan untuk pemb£dahan kedua, tapi saya ikhtiar dulu dengan pengambilan ubat tradisional dengan harapan dapat saluran dar@h itu terbuka sendiri dan tidak perlu tambah st£nt lagi.
"Alhamdulillah setakat ini saya rasa lega dan tiada apa-apa. Harapnya untuk temu janji seterusnya, doktor maklumkan yang saya tak perlu jalani pemb£dahan itu.
"Kalau ada dua st£nt, saya rasa seperti jantung ini tidak original sebab perlu bergantung dengan benda itu," tutur suami kepada pelakon Diana Rafar itu.
Pada 5 Februari lalu, Zamarul dimasukkan ke ICU, Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan kira-kira jam 2 pagi akib@t s£sak nafas ketika di lokasi penggambaran.
Kemudiannya, Zamarul dipindahkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya untuk rawatan lanjut.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment