"Yang pertama saya masih boleh main boling, jalan-jalan, tapi (kehamilan) kali ini cepat penat. Jalan sekejap saja sudah mengah. Jadi doktor cakap lebih baik saya berehat dan ikut nasihatnya.
"Saya tidak ambil sebarang tawaran sejak mendapat tahu diri hamil. Saya ada dapat beberapa tawaran selepas itu tapi tak boleh buat kerana watak kena pukul, menyelam, macam mana saya nak buat?"
Demikian kata pelakon Elisya Sandha, 26, dimana dia yang bakal melahirkan anak kedua tidak lama lagi itu mengambil cuti sepanjang sembilan bulan kerana perlu menjaga kandungannya.
Jelas adik kepada pelakon Fasha Sandha itu, kehamilan kali ini sangat berbeza dengan yang pertama dan dia perlu berehat disebabkan ada sedikit k0mplikasi pada awal trimester.
Malah, Elisya juga mengakui, em0sinya banyak terk£san, terutama setiap kali melihat anak sulungnya, Bunga Elhaq yang kini berusia tiga tahun.
Klik untuk gambar besar
"Alhamdulillah hujung-hujung ini, Bunga pun sudah sedia jadi kakak. Bila bangun pagi, dia akan bangun dan cium perut saya cakap tak sabar jumpa adik dia tidak lama lagi," tuturnya.
Sementara itu, mengulas mengenai isu memp£rlekeh wanita yang menggunakan kaedah ep1dural untuk bersalin dan dilabel sebagai 'ch£at c0de', Elisya berkata, dia tidak dapat menahan kemar@han.
Ulas Elisya atau nama sebenarnya, Nur Elisya Sandha Hassan, peng0rbanan melahirkan anak sememangnya cukup besar dan pemikiran sebegitu adalah satu pengh1naan kepada kaum wanita.
"Bab-bab bersalin ini saya jadi em0si. Kalau lelaki tak pernah berada di tempat wanita mengandung, yang nak bersalin, sebelum cakap, fikirlah dulu. Ia adalah satu pengh1naan.
"Kalau ambil ep1dural atau tak, kami tetap lahirkan manusia daripada badan. Itu bukan 'ch£at c0de'. Saya sebagai ibu dan sudah ada pengalaman bersalin, saya sangat s£nsitif.
"Saya pun bersalin menerusi pemb£dahan walaupun orang cakap bersalin normal lagi s@kit. Memandai saja," ujarnya.
Untuk makluman, Elisya mendirikan rumah tangga dengan Uzair Haqimy yang juga anak penerbit dan pelakon, Sheila Rusly pada Ogos 2021.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini sudah pun dikurniakan anak sulung perempuan yang diberi nama Bunga Elhaq, 3 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment