26 April 2025

TERPAKSA TUKAR LALUAN ATAS FAKTOR KESELAMATAN - AMAR BAHARIN MULA MISI KAYUHAN KE MAKKAH ESOK



"Saya anggap semua yang berlaku adalah aturan Allah SWT kerana dia sebaik-baik perancang. Kami dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Delhi bahawa keadaan di India dan Pakistan adalah tidak selamat untuk dilalui untuk misi (berbasikal Kembara ke Makkah) ini.
"Jadi, kami terpaksa 're-route' (menukar laluan) atas faktor keselamatan. Laluan terbaharu akan dimaklumkan kemudian," ujar pelakon Amar Baharin, 40, yang terpaksa menukar laluan perjalanan asal bagi misi berbasikal Kembara ke Makkah yang bermula esok susulan k0nflik di sempadan India dan Pakistan ketika ini.

Amar yang kini sudah berada di Perlis untuk memulakan misi kembara, 'Journey To Tanah Har@m' bersama Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin esok, berkata, penukaran laluan perjalanan itu dilakukan atas faktor keselamatan.

"Kami akan berlepas dari Padang Besar, Perlis jam 9 pagi esok dan acara pelepasan akan disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

"Kami juga memohon doa daripada semua termasuk peminat semoga kembara ini berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya. Saya juga akan beritahu perkembangan misi ini setiap hari melalui laman web," katanya lagi.

Terdahulu, suami kepada pelakon Amyra Rosli itu memaklumkan, dia akan menyertai misi kayuhan ke Makkah sejauh 8,000 kilometer bersama rakannya, Qobin yang juga pendaki Malaysia yang pernah menawan Gunung Everest.

Mereka dijangka memulakan kayuhan dari Perlis sebelum merentas ke beberapa negara lain seperti Thailand dan Iran sebelum dijangka tiba di Madinah, Arab Saudi, Julai depan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: