"Alhamdulillah tabarakallah Umi Ayah du'akan semoga Allah rahmati rumahtangga anakanda berbahagia hingga Jannatul Firdaus aamiin Allahumma aamiin 🤲❤️ðŸ˜."
Demikian tulis ibu kepada penyanyi Singapura, Aisyah Aziz iaitu Hafiza di ruangan komen media sosial, dimana dia menzahirkan rasa syukur apabila anak perempuannya itu selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan, Dr. Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail.
Menerusi satu perkongsian lain, Hafiza turut mendoakan agar rumah tangga anaknya yang dibina itu akan dilindungi Allah.
"Alhamdulillah segala puji pada Allah Yang Maha Esa di atas nikmat yang telah diberikan kepada kami sekeluarga.
Klik untuk gambar besar
Selain itu, Hafiza juga ada menitipkan doa buat Aisyah yang juga merupakan adik kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz agar perjalanan rumah tangganya sentiasa dipermudahkan dan anaknya itu tetap dekat di hati.
"Buat anakanda Aisyah, walau akan berada jauh dimata tapi sentiasa dekat dihati dan dalam doa kami," tuturnya.
Sementara itu, selebriti popular iaitu Noor Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor, menerusi media sosial miliknya pula telah berkongsi video sekitar perkahwinan abang iparnya, Dr Mohd Fakhrudin Amir dengan Aisyah Aziz.
Neelofa turut berkongsi video blog atau 'vlog' memaparkan perjalanannya ke Singapura bersama suaminya, PU Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail, yang juga adik Dr. Mohd. Fakhrudin Amir.
Melihat pada vlog yang dikongsikan itu, Neelofa berkata, dia gembira dapat menjadi sebahagian pada hari perkahwinan pasangan itu.
"Berlepas ke Singapura untuk meraikan rasa cinta bersama keluarga. Saya begitu gembira kerana menjadi sebahagian daripada hari istimewa Aisyah dan abang ipar saya, Alhamdulillah," tulisnya.
Neelofa dalam masa sama juga merakamkan detik bersejarah pernikahan Dr. Mohd. Fakhrudin Amir dan Aisyah yang diadakan di sebuah masjid di Singapura.
Malah, Neelofa dilihat mengalirkan air mata menahan sebak kerana dapat menyaksikan hari istimewa pasangan terbabit.
Berita pernikahan pasangan itu turut dikongsikan media sosial rasmi stesen radio Singapura, Warna 942.
Difahamkan, Aisyah mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk meneruskan perhubungannya dengan Dr. Mohd. Fakhrudin Amir selepas pertemuan pertama yang turut ditemani ibu bapanya.
Pada Jumaat lalu, Aisyah selamat bergelar isteri kepada Dr. Mohd. Fakhrudin Amir dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Singapura.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment