14 April 2025

DAKWAAN PELAKON WANITA KAHWIN MINGGU LALU - SAKINAH TAMPIL SAHKAN ITU DIRINYA



"Ya, kami sudah berkahwin minggu lalu. Tapi, saya mohon maaf kerana tidak dapat dedahkan identiti suami kerana alasan peribadi.

"Saya juga mencari masa yang sesuai untuk berkongsi berita baik ini kepada semua termasuk pihak media."

Itulah jelas pelakon Sharifah Sakinah, 36, dimana dia mengesahkan dirinya sudah berkahwin dalam satu majlis pernikahan berlangsung di ibu kota secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan artis terdekat, minggu lalu.

Bagaimanapun, Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, memohon maaf tidak dapat mendedahkan identiti suaminya yang sudah dikenali lebih empat tahun itu.

Pendedahan Sakinah itu menjadikan ia perkahwinan ketiganya setelah bercerai kali kedua dengan bekas suaminya yang berasal dari Sweden iaitu Michael Hansen pada penghujung 2023, selepas bernikah pada 2021.

Difahamkan, dalam majlis akad nikah itu, Sakinah yang merupakan adik kepada penyampai radio, Sharifah Shahirah ini tampil menawan dengan mengenakan busana serba putih dengan tema putih keemasan yang dipilih.

Klik untuk gambar besar

Sebelum ini, pelakon wanita didakwa sudah berkahwin dengan jejaka yang tidak didedahkan identitinya, minggu lalu.

Untuk makluman, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015, namun mereka bercerai lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan, Anais Adha yang berusia lapan tahun.

Manakala menerusi perkahwinan kedua Sakinah bersama Michael Hansen pula, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: