14 April 2025

"TAK LAMA LAGI SAYANG" - RESPON KEITH FOO TERHADAP PERMINTAAN RIENA DIANA YANG TAK SABAR NAK ADA ANAK



"Cepatlah Keith, nak satu macam ini. Tak nak Walid. Janji comel. Cuba korang 'tag' Keith cakap cepat sikit dan apa akib@t dia kalau lambat-lambat, terima kasih."

Demikian kata pelakon Riena Diana, 28, dimana dia tidak sabar untuk mempunyai anak sendiri serta 'meminta' kekasihnya, pelakon Keith Foo, 42, untuk merealisasikan hasratnya itu.

Riena yang berkongsi hasratnya itu menerusi media sosial itu turut meminta pengikutnya untuk 'memetik' nama Keith Foo di ruangan komen serta meminta supaya segera melamarnya.

Klik untuk gambar besar

Meninjau ke ruangan komen pula, Keith Foo tampil memberi respon, sekaligus mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja apabila mengatakan hasrat Riena itu bakal terkabul tidak lama lagi.

"Very soon darling (Tak lama lagi sayang)," tulis Keith Foo yang turut diminta oleh netizen agar segera 'melamar' Riena supaya tidak melepas, malah ada yang berselor0h bimbang akan dik£bas Walid, watak dalam drama 'Bidaah'.
Bagaimanapun, Riena nama sebenarnya, Nur Qamarina Diana Zulreal, telah memadam video itu selepas beberapa jam dimuat naik.

Sementara itu, Riena turut berkongsi hantaran di media sosial selepas perkongsian video tersebut menerima pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai.

"Nak ada anak dan keluarga itu impian setiap wanita. Kec0h la korang ni," ujar Riena yang juga memuat naik 'quotes' berkaitan dengan rezeki di dunia dan bersetuju dengan ayat tersebut.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: