28 April 2025

RINDU NAK KERJA BERSAMA - AFDLIN SHAUKI LUAH RASA LEGA & BERSYUKUR HUBUNGANNYA DENGAN QUE HAIDAR KEMBALI JERNIH



"Lama tidak berbual dengan Que sebab ada insid£n yang sekarang ini kita boleh lupakan. Rindu nak kerja dengan Que pasal saya percaya dia antara pelakon terbaik di Malaysia.
"Perjumpaan tempoh hari bukan kali pertama tapi sebak di dada tak dapat dib£ndung kerana rasa macam ruginya kami tidak berbual selama sedekad lebih."

Itulah kata pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki, 54, yang meluahkan rasa lega dan bersyukur apabila hubungannya dengan pelakon Que Haidar, 46, kembali jernih selepas lebih sedekad tidak bercakap.

Akui Afdlin atau nama penuhnya, Afdlin Shauki Aksan, kerinduan terhadap Que terubat akhirnya meskipun tidak menyatakan sebab yang 'memisahkan' mereka selama ini.

Menerusi video yang dikongsikan, Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, kelihatan menangis sambil berpelukan dan mencium tangan Afdlin dalam situasi cukup menyentuh hati.

Dalam pada itu, Afdlin berharap hubungannya dengan pelakon yang disifatkan cukup versatil dan dinamik itu akan terus erat serta dapat kembali bekerjasama.

"Kami saling bermaafan dan harapan saya, ini adalah permulaan baru untuk kami. Saya sayang kamu Que," tuturnya.

Untuk info, Que pernah membintangi filem 'Misteri Jalan Lama' arahan Afdlin pada 2011.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: