Sebelum ke hospital untuk rawatan kans£r payud@ra, penyanyi Ali XPDC, 57, memaklumkan arwah isterinya, Sharifah Azuwanna Syed Joned, 53, hanya sempat menatap wajah cucu sulung mereka sekali.
Kata Ali, cucu mereka yang diberi nama Ailin Marianna adalah hasil perkahwinan anak keduanya, Wan Nurazmyn Adelyn, 27, dengan pasangannya, Muhammad Iskandar Zulqarnain Mohammad Saiful, 28.
"Ailin Marianna baru berusia dua minggu. Apabila Wan Nurazmyn Adelyn balik rumah dengan anaknya dari hospital, arwah isteri sempat tengok cucu sehari sahaja.
"Katanya baby nanti ye, nak pergi buat rawatan. Sekali itulah sahaja dia jumpa cucu. Waktu itu pun arwah isteri dah tak dapat tahan s@kit.
"Saya pula dimasukkan ke Hospital Cyberjaya untuk menerima rawatan paru-paru berair dan jantung lemah pada 24 Mac, manakala isteri di Hospital Putrajaya," jelasnya.
Pada 3 April lalu, Ali akhirnya dibenarkan keluar hospital, manakala arwah isterinya pula terus berada di hospital sehinggalah menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.08 petang Ahad lalu.
Jenazah isteri Ali dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bandar Baru Salak Tinggi, jam 11 malam.
"Sedih memanglah sedih, tapi saya terima ketentuan Allah kerana tak nak tengok dia s@kit. Kenduri tahlil untuk arwah diadakan selama tiga hari bermula semalam di Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi.
"Syukur saya banyak dibantu oleh saudara mara, abang ipar, biras serta kawan-kawan dalam semua urusan," tutur Ali yang masih sukar bercakap dengan lancar dan buat masa ini, dia ditemani lima anak dan cucunya.
"Anak sulung dah habis belajar dan belum bekerja. Buat masa ini tak sunyi kerana semua berkumpul di rumah saya. Anak yang belajar di Jerantut, Pahang kini sedang cuti.
"Anak kedua pun berpantang di sini. Tak tahulah apabila masing-masing dah tiada nanti, lain suasananya. Hanya anak sulung dan nombor tiga akan tinggal dengan saya.
"Saya tak tahu lagi bila nak menyanyi semula. Juga saya tak tahu nak teruskan atau tak. Buat masa ini saya nak senyap sekejap tenangkan diri," katanya.
Hasil perkahwinan dengan arwah Sharifah Azuwanna, Ali dikurniakan lima anak iaitu Wan Aliuddin Aqiel, 29, Wan Nurazmyn Adelyn, 27, Wan Ainin Adiba, 21, Wan Aniz Athirah, 19, dan Wan Aqmalludin Aqif, 17.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment