"Jumaat lalu, ayah dimasukkan ke salah sebuah hospital di Negeri Sembilan kerana s£rangan jantung ketika sedang tidur kira-kira pada jam 12 tengah malam. Ibu saya yang perasan ketika itu, lalu mengejutkan saya.
"Saya telefon ambulans untuk membawanya ke hospital. Ayah menerima dimasukkan ke hospital sehingga semalam. Buat masa ini, ayah masih di kampung di Negeri Sembilan.
"Kami akan balik ke Kuala Lumpur untuk rujuk ayah di hospital di sana. Rawatan ini untuk periksa keadaan jantung sama ada perlu pemb£dahan atau tidak.
"Doktor kata ayah kena s£rangan jantung dan paru-parunya berair. S£rangannya agak teruk dan memang tak boleh nak bernafas, bila sampai ke hospital dan diberikan oksigen barulah nafasnya lancar.
Demikian kata anak kepada pelakon veteran, Rahim Jailani, 64, dimana dia memaklumkan mengenai keadaan bapanya yang dimasukkan ke sebuah hospital di Negeri Sembilan akib@t s£rangan jantung ketika tidur, Jumaat lalu.
Jelas anak Rahim iaitu Muhamad Fadzlan Tasyriq, 25, bapanya yang kini dalam keadaan stabil itu bagaimanapun memerlukan rawatan lanjut.
Tambahnya, Rahim akan dibawa ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat untuk mendapatkan nasihat dari pakar di sini, selain berkata, ini adalah s£rangan jantung kali kedua dialami bapanya itu kerana terlepas memakan ubat.
"Ini adalah s£rangan 'major' yang kedua dan pemakanan antara salah satu faktor dan ia juga disebabkan ayah ada terlepas makan ubat. Dia memang bergantung pada ubat. Tapi, Alhamdulillah, sekarang agak stabil berbanding sebelum ini.
"Kalau diikutkan ayah ada 'sh00ting' hari ini dan esok, tapi terpaksa ditangguhkan untuknya berehat," tutur Tasyriq yang sebelum ini memuat naik foto menerusi media sosial, dimana dia memohon orang ramai mendoakan kesembuhan bapanya itu.
Untuk info, Rahim Jailani dikenali menerusi pelbagai watak dalam filem dan drama tempatan sejak era 1980-an, termasuk lakonannya dalam filem 'Gila-Gila Remaja 2', 'Coast Guard Malaysia: Ops Helang', 'Imam' dan drama bersiri 'Gerak Khas'.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment