"Kepergianmu terlalu cepat, tapi kenangan bersamamu akan abadi selamanya. Al-Fatihah buat abang saya Firdaus Che Wan yang baru saja meninggalkan kami sebentar tadi.
"Innalillahi wa inna ilahi rojiun. Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kem@tiannya.
"Lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
"Amin ya Allah," tulis pelakon Rozita Che Wan yang berkongsi berita duk@, dimana dia telah kehilangan abangnya, Firdaus Che Wan yang menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.
Dalam hantaran yang dikongsikan di media sosial, Rozita atau mesra disapa dengan panggilan Che Ta, mendoakan kesejahteraan roh arwah abangnya itu.
Che Ta bagaimanapun gag@l dihubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kem@tian abangnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment