Kira-kira jam 7 petang semalam, bapa kepada pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad, iaitu Ahmad Atil dilaporkan telah meninggal dunia.
Fahrin, 46, yang berkongsi berita sedih itu menerusi media sosial, turut memberitahu, dia menerima perkhabaran tersebut ketika menghadiri majlis di Pasir Gudang, Johor, dan bergegas pulang ke ibu kota bagi menguruskan jenazah arwah bapanya itu.
"Dimaklumkan ayah saya. Ahmad Bin Atil meninggal dunia kira-kira jam 7 petang tadi (semalam). Tidak tertanggung menahan rasa terima berita beberapa minit sebelum azan maghrib pada majlis bacaan yasin dan tahlil sempena perasmian TMIYC Pasir Gudang.
"Mohon ampun dan maaf kepada penganjur dan semua pihak kerana terpaksa menarik diri pada saat akhir untuk majlis esok (hari ini)," katanya yang juga pengacara Wanita Hari Ini itu.
Klik untuk gambar besar
Dalam masa sama, Fahrin juga mengucapkan terima kasih kepada penganjur kerana memahami situasi dihadapinya.
"Mohon doa-doa yang terbaik dan segala-galanya dipermudah buat kita semua," tutur pelakon filem 'Pilot Cafe' itu, dimana dia tidak memperincikan punca kem@tian arwah bapanya.
Pada dua tahun lalu, Fahrin telah kehilangan ibu tercinta, Allahyarham Merbyah Akhwan yang menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment