Penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun, 40, mengakui bukan mudah untuknya memberitahu status sebenar kepada anak angkatnya, Hamdee, 5, ketika ditanya mengenai siapa ibu kandungnya.
Jelas Hafiz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafiz Hamidun, buat masa ini, dia juga belum merancang untuk mencari jodoh kerana mahu memberi fokus kepada Hamdee yang sedang membesar ketika ini.
"Dia sudah mula bertanya siapa ibu kandungnya? Jadi, saya perlu perlahan-lahan memberikan penerangan supaya dia faham dengan keadaan sebenar.
"Budak-budak zaman sekarang pandai dan boleh berfikir. Dia juga pernah bertanya kepada saya, siapa yang mengandungkannya dan ia sangat suk@r untuk saya jawab.
"Jadi agak suk@r untuk saya memperkenalkan seseorang kepadanya ketika ini," kata Hafiz yang turut mengakui tidak mudah baginya untuk kembali berumah tangga kerana perlu menumpukan perhatian terhadap anaknya itu.
"Saya belum sempat nak cari pengganti kerana anak saya sedang membesar. Dia pun sudah mula bersekolah. Untuk berkahwin lagi, ia bukanlah satu keputusan yang mudah. Saya tidak boleh memikirkan mengenai diri saya saja.
"Saya perlu memikirkan Hamdee dan mendapatkan persetujuannya jika mahu berkahwin nanti," ujarnya yang sebelum ini mengumumkan dirinya mengambil seorang anak angkat lelaki sebagai penyeri hidupnya, pada 10 Mac 2020.
Untuk makluman, Hafiz pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Joy Revfa pada 2017, namun bercerai selepas lima bulan hidup bersama.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment